Aktiviti, Berita Utama

Selangkah Penuh Tekad Meningkatkan Jati Diri Mahasiswa

0 184

hap

UKM, 7 Mac –  Selangkah penuh tekad, begitulah tema Hari Ahli PEMBINA UKM yang buat julung kalinya diadakan setelah hampir setengah dekad PEMBINA UKM ini ditubuhkan. Hari Ahli PEMBINA ini dilaksanakan di Dewan Konvensyen Kolej Keris Mas, UKM dengan kehadiran ahli PEMBINA seramai 100 orang.

“Selesai keluar dari dewan ini, kita ada pilihan sama ada untuk meneruskan dakwah dalam PEMBINA ataupun kekal menjadi orang biasa seperti sebelumnya.” , begitulah mandat yang dilontarkan oleh perasmi majlis iaitu saudara Muhammad Aiman Ahmad Faudzi selaku Naib Presiden Pusat PEMBINA.

Dalam ucapan perasmian itu, beliau turut melahirkan perasaan terharu melihat kepada jumlah ahli PEMBINA yang semakin meningkat hingga hari ini. Malah, beliau memasang harapan yang tinggi bahawa PEMBINA akan membangun dengan kesungguhan yang ada kepada ahli-ahli PEMBINA itu sendiri.

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik bagi peperiksaan yang lepas diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Bergambar Bercuti Cara Mahasiswa.

Dalam HAP ini juga turut diperkenalkan kepada ahli-ahli PEMBINA tentang sejarah dan pengenalan PEMBINA melalui tayangan video montaj kemudian diikuti dengan pengenalan tanzim kepimpinan terkini PEMBINA UKM yang diketuai oleh Presiden PEMBINA UKM, Saudara Wafiq Azman. Aktiviti cabutan bertuah dan persembahan nasyid menjadi penutup HAP kali ini.

Acara yang berlangsung ini turut dihadiri saudari Nor Syamimi Che Johari selaku mantan Ketua Beliawanis UKM sesi 2014/2015. Beliau yang juga merupakan Setiausaha Cawangan PEMBINA Bangi mencaknakan perasaan bangga dengan majlis yang berlangsung malah beliau turut memuji kehebatan tanzim yang terlibat dalam menguruskan Hari Ahli PEMBINA ini.

“Program seperti ini dapat membuka minda ahli-ahli PEMBINA untuk berfikir ke mana hala tuju mereka dalam PEMBINA malah dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan ahli,” ujar beliau.

Di akhir temubual bersamanya, beliau turut menyuarakan harapan agar PEMBINA UKM dapat menjadi sebuah persatuan Islam yang dapat menguatkan ukhwah untuk meneraju arus mahasiswa. Seiring dengan ini, selangkah penuh tekad meningkatkan jati diri mahasiswa.

 

 

Nordiana Mat Salleh

Wartawan HAP.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi