Aktiviti, Berita Utama

Ijtimak PEMBINA 1.0

0 71

photo232389896179919856

 

BANGI, 7 April – Ijtimak yang berlangsung pada Khamis lalu telah mengumpulkan seramai 120 ahli PEMBINA dari 5 buah IPT sekitar Bangi. Antaranya UKM, UPM, UNITEN, KUIS dan MMU.

Ahli PEMBINA didedahkan dengan 5 Aspirasi PEMBINA oleh saudara Eqwan Roslan selaku Presiden PEMBINA Pusat. Antaranya, Islam yang Tulen, Semangat Kebangsaan, Pengupayaan Mahasiswa, Pengupayaaan Universiti serta Kesarjanaan dan Intelektualisme.

“Kita di PEMBINA pasti bahawa kita membawa Islam yang tulen. Apapun isu yang dibawa oleh PEMBINA, kita pasti kembali kepada Islam yang sebenar.”

Seterusnya, hadirin disuntik dengan pengisian ‘Jiwa Pemuda’ yang disampaikan oleh Ustz Suhayl Salmi, Jawatankuasa Kelab Remaja ISMA (KRIM) Pusat.

“Dakwah ini adalah satu perjalanan yang panjang. Tanpa tarbiah yang sebenar dan konsisten, susah untuk seseorang ikhwah mahupun akhwat itu kekal dalam jalan ini.”

Saudara Wafiq Azman selaku Presiden PEMBINA UKM ketika ditanya apa faedah yang didapati dengan menyertai PEMBINA, beliau berkata PEMBINA telah menjadikannya mahasiswa yang mempunyai erti hidup yang sebenar. Segala masanya diisi dengan aktiviti bermanfaat oleh persatuan ini seterusnya melengkapkan lagi hidupnya.

Ijtimak 1.0 yang bertempat di Kolej Keris Mas, UKM ini merupakan inisiatif PEMBINA Bangi untuk mengumpulkan ahli-ahlinya buat pertama kali pada tahun ini. Matlamat yang ingin dicapai bukan hanya merapatkan persaudaraan sesama ahli tetapi juga memberi kefahaman dan semangat untuk terus berjuang bersama PEMBINA.

 

Maisarah Binti Mohd Shahrain

Wartawan PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi