Aktiviti, Belia dan Masyarakat, Rencana

Kerja Sosial oleh Mat Motor

0 164

123

Aktiviti pengagihan makanan kepada segolongan gelandangan di premis Bandaraya Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur – Mac 20 – Segelintir Mat Moto melakukan kerja kebajikan sosial di sekitar kawasan kaki lima Kuala Lumpur. Mat rempit yang sinonimnya digelar kepada anak-anak muda yang menunggang motosikal secara merbahaya, langsung tidak menghiraukan orang ramai apabila telah melakukan kerja amal di sekitar kuala Lumpur. Objektif kerja amal dilakukan oleh segelintir anak muda tersebut untuk membezakan antara mat rempit dan mat moto yang istilahnya mula diketengahkan oleh Pekin Ibrahim menerusi karyanya,Mat Moto. Daripada melepak dan berbual kosong,mereka lebih memilih untuk berjasa kepada masyarakat mengikut cara sendiri. Antara beza utama mat moto dan mat rempit ialah, mat moto mempunyai nilai-nilai murni dan mempunyai wawasan hidup. Menurut laporan, segelintir Mat Moto ini membuat kerja kebajikan sosial dengan memberi makanan kepada golongan terpilih, iaitu golongan gelandangan sekitar kaki lima bandaraya Kuala Lumpur menggunakan motosikal mereka.

Berdasarkan kepada seorang peserta yang bernama samaran Muzeq yang berasal dari Bangi, “Saya membuat kerja kebajikan sosial ini untuk membeli sendiri perasaan bersyukur dengan apa yang saya ada dengan melihat dan mendekati golongan bawahan ini supaya saya lebih menghargai nikmat kehidupan dan berazam untuk berbakti kepada masyarakat”.

Dikhabarkan segelintir budiman ini membeli makanan dengan menggunakan wang mereka sendiri tanpa mengharapkan daripada bantuan daripada pihak NGO dan pihak lain. En Roslan, salah seorang gelandangan ini menyatakan bahawa beliau mempunyai anak-anak di kampung halaman yang sudah mempunyai kerjaya yang bagus tetapi tidak mengambil berat perihal beliau. Beliau datang ke Bandaraya Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari rezeki, tetapi nasib tidak menyebelahi beliau dan terpaksa memilih untuk menjadi golongan terpilih seperti ini. Dikhabarkan beliau tidak mahu untuk mengubah nasib kerana sudah selesa dengan keadaan seperti ini. Beliau hanya mendapatkan sumber pendapatan dengan menjaga tempat meletak kereta dan mengharapkan belasan ikhsan daripada orang awam seperti bantuan makanan, pakaian dan sebagainya. Beliau pernah mencuba untuk memohon zakat tetapi prosedur untuk mendapatkan bantuan zakat adalah rumit sedangkan mereka tidak mempunyai rumah, akaun bank dan telefon bimbit.

Anak-anak muda ini mendapat inspirasi untuk membuat aktiviti berfaedah ini setelah melihat filem Mat Moto arahan Pekin Ibrahim yang mana mereka ingin meninggikan martabat seorang penunggang motosikal yang dipandang mulia oleh masyarakat. Sesetengah masyarakat bertanggapan penunggang motosikal ini adalah sampah masyarakat yang selalu membuat kekacauan dan jenayah di jalanan. Hari ini mereka ingin membuka mata masyarakat penunggang motosikal sinonimnya dipanggil Mat Moto mempunyai misi dan visi hidup yang jelas.

Diharapkan aktiviti berfaedah seperti ini mendapat sokongan daripada pihak kerajaan, badan bukan kerjaan dan masyarakat. Malahan aktiviti seperti ini dapat mengurangkan masalah jenayah jalanan seperti lumba haram, menunggang secara merbahaya, meragut dan sebagainya dikalangan anak muda.

Laporan disediakan oleh
Mohd Syakirin Bin Ahmad dari UKM

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi