Akademik, Belia dan Masyarakat, Berita Utama, Bicara Pimpinan, Rencana, Uncategorized

Kes Kecurian UKM: Tuntasnya? Kematangan Penyelesaian Masalah

0 154

Kes kecurian sudah tidak asing lagi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pernah suatu ketika dahulu kecurian laptop berlaku gara-gara pintu bilik tidak berkunci. Perkara ini berulang kembali di mana ada bilik diceroboh ketika si penghuni bilik leka mencuci pakaian dan meninggalkan bilik tidak berkunci. Bukan itu sahaja, blok perempuan juga pernah diceroboh namun berjaya dibanteras oleh MEP dengan kerjasama pihak Wisma Aman. Terbaru, kes ragut seorang budak perempuan kursus sains politik tahun 1 berlaku. Perkara ini berterusan dan kelihatan masih belum ada penyelesaian efektif untuk membanteras kes tersebut.

Terdapat sesetengah pihak yang tidak tahan akan situasi ini lantas mengambil keputusan untuk menyalahkan pihak tertentu. Saya petik kata-kata seorang alumni UKM :

  “Dear Naib Canselor UKM, sebagai alumni UKM, saya kecewa dengan kualiti keselamatan di kawasan Masjid UKM. Ini bukan kali pertama kes kecurian berlaku. Mana pengawal keselamatan yang meronda kawasan yang sudah beratus kali berlaku kecurian? Saya merayu. CCTV belum cukup untuk keselamatan. TQ!!”

Di sini saya ingin sentuh tentang dua perkara, iaitu langkah keselamatan daripada pihak Wisma Aman & mahasiswa itu sendiri serta perlunya ada kematangan dalam mengatasi masalah.

Berdasarkan petikan kata-kata di atas, dia seolah – olah meletakkan kesalahan ke atas bahu pihak UKM & Wisma Aman kerana tidak meronda di Masjid UKM pada waktu malam lantas mengambil jalan untuk mengadu kepada pihak Naib Canselor. Sebenarnya pihak Wisma Aman telah melakukan tugas meronda ini dengan agak baik. Mereka hanya kurang fokus pada keselamatan kolej-kolej kediaman. Kebanyakan kolej hanya mempunyai seorang hingga dua orang petugas Wisma Aman yang menjaga keamanan kolej, itupun di kawasan foyer kolej sahaja.

Dengan ini, saya mencadangkan kepada pihak UKM agar menambah anggota keselamatan Wisma Aman daripada kalangan lelaki dan perempuan untuk meronda di blok-blok lelaki dan perempuan, bukan sahaja di foyer kolej semata-mata. Rondaan ini boleh dibuat secara shift harian. Kita memang ada CCTV di setiap aras blok tetapi rondaan tetap perlu diadakan kerana khuatir jika ada sebarang kes kecemasan. Keselamatan mahasiswa adalah menjadi keutamaan universiti. Antara tempat lain yang perlu diletakkan lebih beberapa anggota untuk berkawal adalah di stesen KTM UKM.

Dalam membuat luahan dan penyelesaian masalah, seharusnya beliau menyalurkan kepada pihak yang sepatutnya seperti berjumpa dengan pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau Wisma Aman untuk berbincang akan soal ini. Saya yakin MPP UKM sangat cekap untuk melakukan penyelesaian yang berkaitan dengan masalah kebajikan pelajar. Pihak Wisma Aman dan UKM sentiasa terbuka untuk menerima sebarang aduan yang berkaitan dengan masalah kebajikan anda. Sebagai seorang alumni, anda seharusnya menunjukkan sifat yang matang dalam menyelesaikan masalah. Tindakan menayang surat di khalayak umum tidak akan menyelesaikan masalah. Saya tidak menafikan ada benarnya kata-kata itu, cuma beliau perlu melalui saluran yang betul. Masalah akan sentiasa berlaku dalam kehidupan, kita yang kena bijak menggunakan saluran yang betul. Kematangan dalam teladan seharusnya tersemat di hati setiap mahasiswa

Keduanya, dari kaca mata mahasiswa pula, mahasiswa perlu mengunci pintu bilik walaupun hanya keluar untuk beberapa minit. Lebih baik mencegah sebelum terkena. Ada pepatah Melayu berbunyi, ‘ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.’ Selain itu, jika anda seorang perempuan, biasakanlah untuk bergerak di dalam kumpulan. Berjalan seorang diri hanya akan mengundang ancaman daripada pihak penjenayah. Pastikan barang berharga sentiasa dibawa bersama kerana khuatir berlaku kelalaian.

Seperti dalam Firman Allah dalam Surah Ar’Rad, ayat ke-11:

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di depan dan di belakang, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap kaum maka tidak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia”.

Kesimpulannya, anda perlu menjaga keselamatan anda di mana-mana sahaja dan tunjukkanlah kematangan dalam meluahkan & menyelesaikan masalah melalui saluran betul. Sekali lagi saya mohon agar pihak berkenaan menimbang semula cadangan penambahan anggota Wisma Aman. Hal ini penting demi keselamatan penghuni kolej. Saya percaya bahawa mahasiswa akan berasa yakin dan selamat sekiranya kes kecurian ini dapat dibanteras.

 

anwar

Arif Anwar bin Lokmanol Hakim
Ketua Biro Kepimpinan
PEMBINA UKM
Protege Akademi Al Banna

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi