Akademik, Belia dan Masyarakat, Berita Utama, Bicara Pimpinan, Kalam Tarbawi, Kerjaya, Rencana

Mahasiswa dan Dunia Keusahawanan

0 146

Rahman : Mat, aku rasa nak cuba buat bisnes sikit lah. Apa pandangan kau ? Kau jadi

business partner aku. Amacam ?

Mamat : Kau nak ajak aku berbisnes ? Ha ha ha jangan buat lawak hambar la weh.

Rahman : Ha gelak gelak. Aku serius ni. Cuba kau tengok muka aku yang banyak punya

handsome ini. Ada nampak macam tengak buat lawak ke ?

Mamat: Ok ok. Nampak lah kau tengah serius. *telan air liur.

 

‘Kena sampuk apa lah kawan aku ni agaknya tetiba nak ajak berbisnes’. Ujar mamat dalam hati.

 

Mamat : Haa bagus juga idea tu. Cuma satu je yang aku risau bila nak buat bisnes ni.

Rahman : Apa dia ? Jangan risau sangat lah. Aku tengok si Ciku, jiran sebelah kita tu

buat bisnes cendol. Laku kot.

Mamat : Tapi kita kan pelajar bahasa Mandarin. Si Ciku tu pelajar bisnes.

Rahman : Ok.

Tak faham.

Mamat : Ye lah kan. Selama 3 tahun bergelar mahasiswa ni, aku belajar ilmu bahasa je. Aku tak pernah belajar ilmu berbisnes ni. Nak buat bisnes kena ada ilmu

bro. Kalau tak, ke laut lah kita.

Rahman : Hmm.

[Bukan skrip sebenar]

Begitulah antara perbualan antara dua orang mahasiswa di sebuah universiti.

 

Kebanyakan mahasiswa yang mempunyai keinginan untuk memulakan perniagaan akan terbantut kerana memikirkan ketiadaan ilmu yang melayakkan mereka berbuat demikian. Tambahan pula, keinginan tersebut akan lebih terpadam apabila memikirkan soal modal, masa dan produk perniagaan yang kelihatan semakin sukar untuk dilaksanakan.

 

“Malaysia berhasrat menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Persoalannya ialah sudahkah kita bersedia untuk berada di tahun berkenaan dan tahun-tahun seterusnya sebagai sebuah negara maju ? ” ujar Prof Dato’ Zakaria bin Kasa, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

 

Negara terdesak memerlukan mahasiswa yang mempunyai kemahiran kreatif dan inovatif terutamanya dalam keadaan ekonomi negara kita yang tidak stabil detik ini. Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan :

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

 

Universiti adalah medan utama negara untuk melaksanakan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Keberjayaan mahasiswa pula ialah objektif utama penubuhan universiti.

 

“Sudah tiba masanya universiti memperluaskan fungsi dalam memperkasakan bidang penyelidikan dan perkhidmatan bertaraf dunia dalam ekosistem yang lebih kreatif serta inovatif,” ujar Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Prof Dr Azlan Abdul Rahman berucap pada Seminar Antarabangsa IKS Johor-Riau ‘Kolarobasi Pemegang Taruh Dalam Pembangunan Luar Bandar’ di Institut Pembangunan BioProduk baru-baru ini.

Universiti perlu lebih giat untuk menganjurkan lebih banyak program keusahawanan seperti itu untuk menarik lebih minat para mahasiswa.

Tidak dinafikan bahawa kerajaan turut memainkan peranan penting dalam melahirkan mahasiswa bersifat keusahawanan ini.

 

‘Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi telah dilancarkan pada 13 April 2010 yang bertujuan untuk menggalakkan pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik. Pelaksanaan inisiatif berpandukan dasar tersebut bertujuan melahirkan siswazah/lepasan IPT yang mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan; meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan siswazah/ lulusan IPT iaitu mereka yang benar-benar berkecimpung dalam bidang perniagaan sebagai pemangkin kepada pencapaian transformasi ekonomi negara daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama melahirkan ahli akademik yang mempunyai nilai, kemahiran, pemikiran dan atribut keusahawanan (entrepreneurial academics).’

[Dipetik daripada laman web portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia]

Apabila semua pihak berganding bahu demi merealisasikan peningkatan bilangan usahawanan dalam kalangan siswazah, maka negara akan menyaksikan suatu fenomena di mana bilangan pengangguran akan berkurangan dan ekonomi negara akan lebih stabil.

Namun,

Peniaga juga tidak terlepas daripada pantang larang ketika melakukan perniagaan.

Kita tidak mahu di laknat Allah gara-gara sifat menipu ketika berniaga.

 

 “Celakalah atas orang-orang yang curang itu. Yang apabila menerima sukatan dari orang lain, mereka minta dipenuhi. Tetapi apabila menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka merugikan” (83 : 1-3).

 

Allah melaknat orang yang curang di dalam surah al muthaffifin. Orang yang curang yang di maksudkan ialah meraka yang tidak jujur ketika menyukat atau menimbang untuk orang lain. Mereka sanggup menipu demi mendapatkan keuntungan yang lebih.

 

Seorang pengusaha hendaklah membekalkan diri dengan bekal iman dan ilmu muamalah (baca : perniagaan) agar mereka boleh membezakan antara yang halal dan haram. Jika anda rasa kekurangan ilmu, maka jangan sombong dan carilah ilmu tersebut.

 

‘Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang  Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

 “Sesungguhnya para pedagang (pengusaha) akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai para penjahat kecuali pedagang yang bertakwa kepada Allah, berbuat baik dan jujur.” (Riwayat Tirmidzi)

 

Ketahuilah mahasiswa, anda masih muda dan perjalanan masih panjang. Tidak menjadi kesalahan apabila anda tersalah langkah kerana ia sememangnya adalah adat menuntut ilmu termasuklah ilmu perniagaan. Maka mulakanlah langkah pertama anda !

 

Sumber :

  1. Hadis Arbain karangan Imam Nawawi
  2. https://tafsirzilal.wordpress.com/bahasa-melayu-edisi-lengkap/
  3. http://www.mohe.gov.my/psptn/index.php?option=com_content&view=article&id=83&Itemid=60
  4. http://www.tekun.gov.my/web/guest/akademi-keusahawanan-tekun-nasional
  5. http://www.lifehack.org/articles/work/8-keys-success-from-jack-self-made-billionaire-and-ceo-alibaba.html
  6. http://www.moe.gov.my/v/program-keusahawanan
  7. http://www.mara.gov.my/program-latihan-keusahawanan
  8. http://www.moe.gov.my/my/falsafah-pendidikan-kebangsaan
  9. http://www.bharian.com.my/node/138621

 

nurnazhifa

Nurnazhifa Ab Rahman
JK Sokongan
Biro Kepimpinan & Politik Kampus
PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi