Berita Utama, Bicara Pimpinan

NORMALISASI DI UNIVERSITI

0 78

                Apa itu normalisasi? Satu terma atau istilah yang jarang didengari tetapi amat dekat dengan kehidupan kita. Malah mungkin dalam kita menjalani aktiviti-aktiviti seharian, kita telah pun dinormalisasikan tanpa kita sedari.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, terlebih dahulu baiknya kita mendefinisikan terma normalisasi ini. Secara umumnya boleh dikatakan normalisasi adalah suatu proses membiasakan atau menormalkan kepada sesuatu kelompok perkara  yang asing bagi mereka. Secara umum, kita boleh memandang proses ini dari dua sudut iaitu positif dan negatif.

Normalisasi secara positifnya membawakan kita kepada membiasakan atau menormalkan sesuatu nilai mahupun budaya yang baik kepada sesebuah kelompok yang mana budaya atau nilai pada awalnya adalah sesuatu yang asing. Proses seperti ini adalah sesuatu yang amat baik dan amat dipersetujui jika ianya berlaku.

Pada satu sudut yang lain, proses normalisasi ini menormalkan perkara-perkara ataupun budaya yang buruk kepada sesuatu kelompok dan menjadikan budaya ini sesuatu yang normal dalam kalangan mereka untuk dipraktikkan. Jika hal ini berlaku, ia adalah sebenarnya suatu malapetaka bagi kelompok tersebut. Lebih-lebih lagi jika secara khususnya, perkara-perkara atau budaya-budaya asing atau yang tidak beretika yang tidak bertepatan dengan syariat Islam dinormalisasikan ke atas umat Islam lalu menjadikan umat Islam merasakan ianya sesuatu yang normal dan tidak perlu dibendung. Perkara ini adalah malapetaka bagi umat Islam dan malangnya ia berlaku dan sedang berjalan secara halus ke atas umat Islam.

Dari sudut pandang mahasiswa, pastinya kita sedar, tentang budaya ‘couple’, ‘dating’, mempunyai teman lelaki ataupun perempuan seperti telah menjadi suatu kemestian dalam kebanyakan kehidupan mahasiswa. Tidak punyai teman wanita mahupun teman lelaki dirasakan janggal dan pelik. Keluar ‘dating’ berdua-duaan, menghabiskan masa bermesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa ada tujuan yang mendesak, membawa masuk bukan mahram ke dalam rumah sewa sendiri tanpa pengetahuan ibu bapa telah menjadi normal dalam kalangan sebahagian besar mahasiswa.

Perlakuan ini merupakan sesuatu yang jauh dari mata syarak. Isu pergaulan seperti ini telah dibiasakan dalam kehidupan dan perkara-perkara inilah yang menjadi bibit-bibit awal masalah gejala sosial yang berlaku pada masa kini. Tidak hairan kiranya kes pembuangan bayi semakin meningkat memandangkan respons kita terhadap akar masalah ini langsung tidak diambil peduli kerana kerangka fikir kita telah dinormalisasikan kelakuan-kelakuan seperti ini sebagai sesuatu yang biasa dan normal walaupun bercanggahan dengan syarak.

Mahasiswa Islam secara khusus sewajarnya menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai neraca pertimbangan perbuatan dan amalan-amalan hariannya. Penggunaan neraca yang betul mampu untuk menghalang anasir-anasir mahupun budaya-budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam. Normalisasi yang bertentangan dengan syarak dan membawa pengaruh negatif tidak akan meresapi jati diri umat islam sekiranya wujud dan kuatnya pendirian umat islam dengan pegangannya. Kesedaran terhadap berlakunya proses ini perlu wujud supaya setiap dari kita lebih berhati-hati terhadap apa jua gelombang budaya yang menjalar dalam kehidupan seharian dan seterusnya mampu untuk membendung dan menolaknya sejak dari awal lagi ia mula berputik.

IMG_6068

Ikmal Ubaidullah

Presiden PEMBINA Uniten

Peserta Akademi Al Banna 2016

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi