Akademik, Berita Utama, Bicara Pimpinan, Isu Semasa, Rencana

Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

0 117

Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang berlaku bersifat positif atau negatif bergantung kepada individu atau masyarakat yang menilainya. Sebagai contoh di barat, budaya berpesta merupakan satu normalisasi yang dilihat memberikan kesan positif kepada masyarakat. Berbeza dengan budaya masyarakat di timur yang melihat perkara ini sebagai satu gejala yang harus dihindari sebaik mungkin.

Dalam situasi negara yang sedang pesat membangun sudah semestinya normalisasi sangat diperlukan bagi menyesuaikan cara hidup masyarakat dengan situasi semasa. Tidak dapat dinafikan umat Islam juga tidak terkecuali daripada melalui proses normalisasi ini. Persoalannya adakah normalisasi ini merupakan suatu perkara yang sihat dan diharuskan oleh syarak? Jawapannya adalah perlu selagi mana normalisasi yang berlaku tidak bercanggah dengan hukum yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan As-Sunnah.

Sebagai rujukan relevan sepanjang zaman, al-Quran dan As-Sunnah telah memberikan panduan untuk umat Islam menjalani kehidupan seharian. Namun, cara perlaksanaan panduan-panduan tersebut haruslah selari dengan peredaran zaman. Di sinilah perlunya normalisasi berlaku supaya masyarakat dapat menjalankan hukum-hukum Allah SWT dengan lebih lancar dan teratur sesuai dengan suasana kehidupan seharian.

Institusi-institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta perlu menjalani proses normalisasi ini supaya suasana kehidupan yang bercirikan Islam dapat diterapkan dengan lebih baik tanpa mengundang sebarang masalah ataupun konflik. Di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), kemasukan ramai pelajar jurusan kejuruteraan tahfiz telah terbukti dapat menghidupkan suasana yang lebih islamik di dalam kawasan universiti. Jika dahulu suasana di bilik kuliah dan kafe hanya dipenuhi dengan golongan-golongan elit namun hari ini kita dapat melihat seolah-olah ianya sudah mula dipenuhi dengan golongan-golongan huffaz yang juga cemerlang dalam bidang akademik mereka setanding pencapaian pelajar-pelajar lain.

Tambahan pula, dengan kemasukan pelajar tahfiz yang lebih ramai ini sudah pastinya dapat memeriahkan lagi suasana di masjid UNITEN. Pelajar-pelajar lain dan orang awam sudah semestinya lebih tertarik untuk solat berjemaah di masjid memandangkan bilangan jemaah di masjid sudah bertambah ramai. Lama-kelamaan bilangan Jemaah yang ramai di masjid tidak lagi menjadi perkara yang hanya sekali-sekala dapat kita lihat bahkan bilangan jemaah yang sedikit pastinya akan membuatkan kita tertanya-tanya berbeza dengan keadaan kebanyakan masjid-masjid di luar.

Selain daripada itu, cara pemakaian pelajar tahfiz perempuan yang sopan dan selari dengan kehendak syarak mampu menjadi ‘role model’ kepada pelajar-pelajar lain. Seperti yang kita ketahui ramai kaum perempuan hari ini yang terlalu mudah terpengaruh dengan budaya pakaian barat yang sememangnya tidak sopan. Hal ini berlaku kerana terlalu banyak pendedahan tentang fesyen pakaian barat di merata tempat terutamanya media massa. Dengan adanya suasana pakaian muslimah di UNITEN, sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar perempuan untuk mula menukar cara pemakaian mereka kepada yang lebih sopan. Mereka akan dapat melihat sendiri cara pemakaian menurut ajaran Islam adalah sangat sesuai dengan fitrah seorang perempuan yang memerlukan mereka memelihara maruah diri di mana jua berada.

Akhir kata, normalisasi mampu memberikan kesan positif dan negatif kepada masyarakat bergantung kepada bentuk normalisasi yang berlaku sama ada mampu menyumbang perubahan ke arah yang lebih baik atau tidak. Bagi umat Islam proses normalisasi perlu dilakukan selagi mana tidak bertentangan dengan syariat kerana sememangnya perubahan sesuatu budaya perlu bagi menyesuaikan kaedah perlaksanaan dengan suasana semasa. Hal ini sangat bertepatan dengan sifat agama Islam yang fleksibel dan cara perlaksanaannya berbeza mengikut keadaan semasa. Hakikat bahawa Islam adalah agama untuk seluruh umat Islam telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran melalui firman-Nya:

“Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad, kecuali untuk membawa rahmat kepada seluruh alam” (al-anbiya, 21:107).

Allah dengan begitu jelas menyatakan bahawa Islam bukan hanya menjadi cara hidup yang selamat buat satu-satu bangsa atau budaya, bahkan semua bangsa di alam ini yang meliputi pelbagai budaya dan bangsa.

shahir

Mohd Syahir
Ketua Media Pembina UNITEN
Protege Akademi Al-Banna

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi