Berita Utama, Bicara Pimpinan, Kalam Tarbawi

Reaksi Manusia Tika Diuji

0 87

Tiga Jenis Reaksi Mungkin Ada Pada Seseorang Ketika  Dalam Kesusahan

Marah

“Mengapa saya?”

“Saya berasa marah dan geram terhadap keputusan Allah. Allah mengambil sesuatu daripada saya.  Allah telah menguji saya dan saya berkata semua ini adalah tidak adil!”

Maklum balas seperti  berasa marah ,  geram dan tidak senang hati  dengan keputusan Allah adalah perkara yang perlu dielakkan sebagai seorang yang beriman. Mereka yang bertindak balas sebegini adalah tanda bahawa ujian yang  ditimpanya mungkin adalah satu hukuman daripada Allah, sehinggalah dia menukar tindak balasnya. Sekiranya kita hadapinya dengan  penuh kesabaran, maka itu adalah tanda rahmat dan merupakan penebusan dosa.

Sabar

Apabila seseorang itu cuba bersabar sewaktu dalam kesusahan , walhal kesabaran itu  sebenarnya adalah tidak mudah baginya . Namun dia tetap berusaha untuk sabar, nescaya  Allah tetap akan memberi ganjaran atas usahanya itu. .

“Rasulullah SAW bersabda bahawa barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar (Hadis Riwayat Muslim ).”

Jadi, sesiapa berusaha mempunyai kesabaran, Allah akan beri mereka kesabaran itu.

Maka ganjarannya ialah seperti sabda Rasulullah saw : “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan  Muslim)

“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Disinilah kita diberi ganjaran dan penyingkiran dosa. Walaupun kesusahan itu masih menyakitkan kita.

Redha

Ini merupakan tahap yang paling tertinggi ketika menghadapi kesusahan. Redha bermaksud merasa puas. Hati kita mula menjadi tenteram dan berasa tenang. Segala keputusan Allah kita berasa puas hati dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Bahkan, Allah mengangkat darjat dan memberi pahala.  Mungkin juga Allah beri kita kesusahan ini untuk membawa kita kembali kepadaNya. Ia seolah-olah menyedarkan dan menyucikan kita.

Sekiranya kita menentang Allah, Allah mungkin akan menghukum kita. Namun sebagai orang yang beriman, kita patut selalu beranggap segala ujian itu adalah terbaik untuk kita.

Rasululaah SAW ada bersabda bahawa “Sungguh menakjubkan  keadaan seorang mukmin. Segala keadaan yang dialaminya sangat menakjubkan. Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya merupakan kebaikan. Apabila dia mengalami kebaikan, dia bersyukur, dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia tertimpa keburukan, maka dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya.” (HR. Muslim)

Wallahua’lam.

photo139413139940813626

 

 

 

 

 

 

 

Syafiah Binti Mohammad

Setiausaha 1 PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi