Berita Utama, Rencana

3 SOLUSI TERBAIK PENGURUSAN KEWANGAN MAHASISWA

0 90

Baru-baru ini Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuat keputusan untuk tidak mengurangkan jumlah tajaan pelajarnya malah akan bertindak untuk mengkaji semula hal tersebut dan akan membuat polisi yang baru bagi mencari negara lain untuk projek tajaannya memandangkan negara kini menghadapi kegawatan ekonomi [1] sekali gus turut menjejaskan kewangan mahasiswa di mana-mana institut pengajian tinggi di Malaysia. Hal ini merupakan satu tindakan yang sangat mendapat sokongan mahasiswa kerana sedikit sebanyak ia mengurangkan beban pelajar untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Namun begitu, tidak ramai yang berpeluang untuk mendapatkan tajaan pembelajaran daripada badan-badan sedemikian maka pilihan lain bagi mereka adalah dengan meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang jika dihitung kembali sememangnya tidak akan memenuhi keperluan mahasiswa sepanjang semester itu. Jadi, apakah solusi bagi mahasiswa untuk mengatasi masalah kewangan tersebut?

Solusi pertama : Menabung.

Tidak dinafikan bahawa menabung adalah solusi terbaik bagi menampung perbelanjaan mahasiswa di universiti walaupun pada awalnya ia agak sukar untuk dijadikan sebagai tabiat dalam diri masing-masing namun jika mahasiswa berpegang pada pepatah lama Melayu,”berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit’’ pasti ia akan membuahkan hasil. Bergantung pada kesanggupan mahasiswa untuk jumlah wang yang ingin ditabung setiap hari dan percayalah anda pasti akan terkejut dengan hasil yang diperoleh jika istiqomah melakukannya setiap hari.

Solusi kedua : berniaga.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

‘’Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan”

(Hadis Riwayat Tirmizi)[2]

Jalankanlah apa sahaja jenis perniagaan yang halal lagi mengikut syariat dan pastikan ia sesuatu yang mampu dilakukan oleh mahasiswa itu sendiri. Sebagai contoh, menjual nasi lemak di setiap kolej di universiti. Cuba bayangkan dalam masa sehari anda berjaya menjual sebanyak 50 bungkus nasi lemak dan mendapat keuntungan sebanyak RM 0.50 dari setiap jualan nasi lemak tersebut. Hal ini bermakna setiap bulan anda mendapat keuntungan bersih sebanyak RM 750. Untung bukan?

 

Solusi ketiga : berjimat-cermat.

Perkataan ini sering kali dipasak ke telinga mahasiswa namun, sejauh manakah mereka mengamalkan amalan mulia ini? Maka tips yang terbaik untuk berjimat cermat adalah mencatu perbelanjaan anda setiap hari. Misalnya, anda menetapkan perbelanjaan setiap hari adalah sebanyak RM 10.00 maka pastikan dalam dompet masing-masing hanya ada wang sejumlah RM10 sahaja bagi mengelakkan bajet lari daripada apa yang telah ditetapkan. Kadang-kadang nafsu diri mengatasi kewarasan akal apabila berbelanja.

Konklusinya, mahasiswa harus bijak dalam mengurus kewangan masing-masing dan juga dalam masa yang sama berusaha untuk mendapatkan biasiswa daripada mana-mana perbadanan agar apabila bergraduasi kelak mahasiswa tidak memiliki hutang yang terlalu banyak untuk dilangsaikan memandangkan cabaran ekonomi mahasiswa turut meningkat selepas bergraduasi sekiranya menempuh alam pekerjaan dan perkahwinan atau kedua-duanya sekali. Akhir kata, bijak dalam mengurus kewangan pasti terjamin masa depan buat diri, bangsa, agama dan negara.

Rujukan :

[1] http://www.theborneopost.com/2016/04/04/mara-will-not-reduce-number-of-sponsored-students/?platform=hootsuite

[2] http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7289-amalan-perniagaan-dalam-islam

IMG_6043

Nurul Fitrah Abdullah

Ketua Pakej Bakti PEMBINA UPM

Protege Akademi Al Banna

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi