Berita Utama, Rencana

KEBAJIKAN MAHASISWA : TANGGUNGJAWAB SIAPA ?

0 158

Isu kebajikan pelajar tidak asing di dada-dada akhbar dan  di corong-corong radio pada masa kini. Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita yang mengisahkan seorang pelajar yang mengikat perut dek kerana kesempitan wang pembelajarannya. Ramai yang turun padang bagi mengatasi dan menyelesaikan permasalahan ini. Namun, masih ada juga segelintir pihak yang kurang peka dan kurang cakna tentang isu kebajikan mahasiswa serta masih terdapat segelintir besar mahasiswa yang masih berada di takuk yang lama.

Saya sebagai mahasiswa tempatan juga merasakan penyelesaian bagi isu kesempitan wang terhadap mahasiswa kian pudar. Di mana, isu kebajikan ini hanya akan menjadi hangat serta meningkat naik pada musim-musimnya sahaja. Isu ini akan hilang mengikut peredaran zaman walaupun pelbagai inisiatif dan tindakan yang masih belum diambil bagi membanteras isu ini dari terus menerus menular.

Masalah kewangan bagi mahasiswa kini kian meruncing dan mula diperkatakan kerana harga makanan di setiap kafe Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak berpatutan mengikut kemampuan mahasiswa. Ini kerana tiada pematauan dari pihak atasan itu sendiri dan tindakan yang diambil sangat ringan dan lambat. Perkara ini dapat dilihat dimana harga makanan ini kebiasaannya tinggi di sekitar kolej-kolej yang kurang penghuninya. Dengan cara ini, pihak penguasa kafe dapat mengaut keuntungan yang kurang lebih sama seperti kafe yang mempunyai ramai pengunjungnya. Ini akan mengakibatkan mahasiswa bertindak luar rasional manusia untuk mengikat perut bagi menjaga keluaran wang yang banyak dan bakal menjejaskan pembelajaran mereka.

Kebersihan kafe yang tidak terjaga dan kualiti makanan itu sendiri juga akan menjejaskan mahasiswa juga. Perkara ini dapat dilihat dimana baru-baru ini terdapat beberapa kafe kolej di IPT terpaksa ditutup kerana berlakunya kes keracunan makanan terhadap mahasiswa. Perkara ini dapat dilihat betapa kurangnya pemantauan tentang kebersihan dan kualiti makanan tersebut.

Pelbagai langkah, gerak kerja dan inisiatif yang dapat dirancang dan perlu giat dilakukan bagi membantu masalah mahasiswa-mahasiswa yang kini runsing tentang kemaslahatan yang dialami oleh mereka. Pihak pengurusan kafe dan pihak atasan perlu lebih peka dan cakna tentang isu ini sebelum aduan dilakukan lagi dan pihak ini tidak perlu menunggu isu ini dibangkitkan dan menjadi bualan masyarakat. Pihak tersebut juga perlu bertindak lebih pantas dan rasional mengikut situasi yang berlaku supaya mahasiswa tidak terasa terbeban dengan masalah yang menghantui mereka sehingga menjejaskan akademik.

Kesimpulan yang saya dapat simpulkan disini, pelbagai cara yang dapat dilakukan bagi mengatasi dan membaik pulih sistem dan prosedur kafe seperti yang dibincangkan agar lebih fleksible dan bersesuaian dengan kemampuan mahasiswa itu sendiri agar mereka dan kami sendiri tidak begitu bimbang dan gusar dalam menjalani kehidupan seharian sebagai mahasiswa. Akhir kata, semua pihak khususnya perlunya bersatu bagi memenuhi agenda yang digariskan demi meneraju arus mahasiswa.

IMG_6047

Ummu Rafiatul Aqilah bt Mohd Rosdi

Setiausaha Biro Tarbiyah

PEMBINA UKM

Protege Akademi Al Banna 2016

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi