Berita Utama, Rencana

Mahasiswa “didesak” atau “terdesak” ?

0 158

Apa beza istilah ‘didesak’ atau ‘terdesak’?

Didesak adalah tanpa sukarela manakala terdesak adalah tanpa sengaja. Masih kurang faham lagi?

Baik, kita masuk kepada agenda saya. Sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah mahasiswa yang didesak akan keluarkan wang mereka tanpa sukarela manakala mahasiswa terdesak akan keluarkan wang mereka tanpa sengaja. Kini dan selamanya, mahasiswa memang  suka merungut malah sentiasa ada masalah KEWANGAN. Istilah tidak cukup wang adalah perkara biasa dalam diri mahasiswa. Sedangkan kalau ikutkan pada era sekarang, mahasiswa lebih kaya maksudnya lebih senang berbanding seorang pekerja yang mempunyai tanggungan dan keperluan yang lebih banyak untuk dibayar.

Jadi, apa masalahnya? Siapa yang harus dipersalahkan dalam bab isu mahasiswa tidak cukup wang? Kerajaan? Mahasiswa itu sendiri? Atau ada pihak tertentu?

Mari saya kupas satu persatu, faktor-faktor mahasiswa tidak cukup wang terlebih dahulu; faktor yang pertama, mahasiswa diwajibkan untuk menghadirkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh fakulti. Sebagai contoh, majlis makan malam, lawatan industri. Saya akui antara program yang saya sebutkan di atas, adalah program yang agak penting dan juga bermanfaat pada mahasiswa. Namun, kadang-kadang yuran setiap program yang dianjurkan tidak bertepatan dengan keadaan mahasiswa. Malah, masa yang tidak sesuai juga merupakan salah satu sebab. Contohnya, kebanyakan program dilaksanakan pada semester 2 sekali gus, hal demikian menyebabkan mahasiswa didesak untuk mengeluarkan wang mereka bagi membayar  kesemua yuran tersebut dalam satu masa. Pada waktu yang masa, mahasiswa akan ada masalah  ‘lari bajet’, yang bermaksud wang mereka yang diperuntukan untuk semester tersebut tidak mencukupi.

Selain daripada itu, faktor yang kedua ialah mahasiswa tidak cekap di dalam pengurusan wang atau istilah yang mudahnya ialah ’boros’. Kebiasaannya mahasiswa akan kekurangan wang di penghujung semester. Hal ini berlaku kerana mahasiswa kerap menggunakan wang tersebut ke arah yang bukan keperluan mereka. Antaranya ialah beg tangan, kasut, baju yang berjenama, kereta dan lain-lain. Apabila wang tersebut disalurkan sedemikian rupa, mereka akan terpaksa menanggung akibat masalah kekurangan wang di akhir semester. Setelah kejadian ini berlaku, mahasiswa akan mula merasakan untuk berjimat-cermat, apatah lagi bajet untuk makan, dan pada masa ini jugalah mahasiswa akan rajin berpuasa bagi yang menganut agama  Islam, untuk mengurangkan bajet dalam membeli makanan sekali sehari. Teringat saya pada salah satu pengisian dalam Kuliah Tujuh Minit (KULTUM) di surau kolej. Pengisi tersebut mengatakan ‘bila susah baru ingat Allah’, seperti situasi di atas, bila tiada wang baru hendak puasa. Walaubagaimanapun, perkara yang berlaku ini ada hikmahnya dalam melatih mahasiswa untuk lebih mengawal nafsu membeli tanpa had, nafsu makan tanpa henti dan sebagainya. Oleh itu, mahasiswa perlu sedar akan kepentingan melakukan bajet dalam seharian berbelanja agar sikap boros dapat dicegah dan sekali gus pengurusan wang akan lebih terjamin.

Di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman:

 “Sesungguhnya orang-orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan dan syaitan sangat kufur kepada TuhanNya” (Surah Al-Isra’: ayat 27).

Ayat di atas amat melarang umat islam untuk bersikap membazir, terutama sekali dalam berbelanja. Moga mahasiswa dapat menjadikan ayat di atas sebagai pegangan dalam mendidik diri supaya menjadi seorang yang sentiasa bersederhana dalam melakukan sesuatu perkara.

Sehubungan dengan itu, faktor yang ketiga ialah sumber kewangan mahasiwa yang tidak stabil. Bagi mereka yang tidak mendapat biasiswa dan pinjaman, kos sara hidup mereka di universiti akan ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa. Wang perbelanjaan yang diberikan oleh ibu bapa mungkin terhad dan tidak memuaskan. Oleh yang demikian, segelintir mahasiswa membuat keputusan untuk bekerja bagi menanggung kos seharian mereka di universiti. Perkara ini ada baiknya dalam mendidik mahasiswa untuk lebih berdikari dalam hidup mereka.

 Namun, sampai bila keadaan ini harus berpanjangan?

Kerajaan perlu memberi penekanan terhadap hal ini. Bukan semua ibu bapa yang mampu menanggung kos sara hidup anak mereka di universiti bahkan ibu bapa yang bergaji 5K juga belum tentu boleh berbuat demikian dek kegawatan ekonomi negara  dan kos sara hidup yang makin tinggi. Tambahan pula, kebanyakan biasiswa dan pinjaman menjadikan pendapatan keluarga sebagai syarat utama kelayakan.  Sedangkan tanggungan keluarga juga perlu diberi perhatian. Sekiranya pendapatan keluarga tidak selari dengan tanggungan, ibu bapa itu sendiri akan ada masalah untuk menyara hidup anak mereka di universiti. Mahasiswa perlu diberi peluang dan bantuan kerana mahasiswa adalah pemangkin negara, yang bakal menerajui dan menyambung pentadbiran negara.

Oleh itu, mahasiswa perlu dibantu dari sudut kos pembelajaran di universiti. Malah, penekanan dari sudut akhlak juga mesti diberi perhatian dalam melahirkan mahasiswa yang bijak dan berperibadi mulia. Hal ini kerana ramai orang yang bijak namun tidak berakhlak malah membawa padah dari segenap penjuru. Antaranya ialah penciptaan klon manusia dan haiwan yang dilakukan oleh ahli-ahli sains barat menunjukkan sikap tidak berakhlak mereka kepada peraturan dan hukum alam.  Perkara seperti ini perlu dielakkan malah dijauhi sama sekali kerana sesungguhnya pemikiran manusia adalah terbatas. Saya suka salah satu perumpamaan ini, mari kita hayati bersama,

Kita ini diibaratkan sebagai tanah,
Ilmu pula diibaratkan seperti hujan,
terletak pada kita mahu menjadi tanah yang bagaimana,
tanah yang menerima hujan,lalu menumbuhkan tumbuhan dengan subur,
ataupun tanah yang hanya menadah hujan,tidak dapat memanfaatkan tuk menumbuhkan tanaman ataupun
tanah yang kering lagi kontang sekalipun diturunkan hujan yang mencurah-curah.

Maksud tersirat perumpamaan ini adalah ditujukan khas buat mahasiswa agar menjadi manusia yang berilmu dan memanfaatkan ilmu ke arah kebaikan umat sejagat dan tidak menjadi manusia yang melampaui batas dek kerana niat yang tersasar dan gagal dalam memperhalusi ilmu yang diperoleh dengan baik.

Akhir bicara, saya simpulkan isu mahasiswa kekurangan wang, tidak akan lapuk dek zaman. Semakin maju negara, semakin tinggi sara hidup dan semakin terdesak  mahasiswa. Bak kata salah seorang menteri, yang mengatakan ‘mahasiswa manja’ merupakan isu yang perlu diambil peduli oleh mahasiswa. Bukan sahaja cakna dengan isu semasa ini malah menghadamkan ia dan mencari satu solusi untuk memperbaiki keadaan ini. Mungkin ada benarnya status tersebut, dalam memberi kesedaran kepada mahasiswa untuk tidak menjadi mahasiswa yang hanya bergantung  kepada bantuan kerajaan dan pihak yang berkenaan semata. Diharapkan topik yang di bangkitkan ini serba sedikit membuka minda dan ruang untuk mahasiswa berfikir sejenak solusi apa yang perlu mereka cari dan lakukan untuk mengatasi masalah ini.

IMG_6039

NUR ATIQAH BT MD JAMAN

PEMBINA UKM

Protege Akademi Al Banna

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi