Berita Utama, Makluman

KUIS Sebagai Platform Pengukuhan Islam

0 418

kuis

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah universiti yang ditubuhkan pada 15 September 1995. KUIS merupakan Pusat Pengajian Tinggi Swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Pada mulanya, KUIS dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR), tetapi kemudian pada tahun 2004, KISDAR telah dinaiktaraf menjadi kolej universiti dan ditukar nama kepada KUIS.

 

KUIS menawarkan lebih daripada 40 program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.

 

Sejajar dengan namanya, KUIS berusaha sebaik mungkin untuk menjadi sebuah universiti yang mempunyai pelajar yang berkualiti, daripada segi pembelajaran & juga akhlaknya. Berteraskan moto “Pemangkin Tradisi Ilmu”, KUIS telah bergerak membentuk sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang berteraskan tauhid dan  sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara.

 

KUIS menjanjikan sebuah persekitaran yang solehah & mempunyai program sahsiah yang holisitik, serta memartabatkan Masjid Al-Azhar sebagai tunjang sahsiah pelajar yang mantap, dan biah (baca : suasana) solehah yang terjaga. KUIS telah menetapkan pelbagai undang-undang yang selari dengan kehendak syarak demi menjaga biah solehah & para penuntutnya. Sebagai contoh, inisiatif yang dilakukan oleh pihak pentadbiran KUIS adalah dengan mengasingkan tempat duduk lelaki & wanita di cafeteria. Lelaki & wanita dilarang keras untuk duduk bersama dalam satu meja dimana-mana kafe sekitar KUIS. Pengasingan ini turut berlaku di makmal computer & juga di perpustakaan. Selain itu, KUIS turut mengeluarkan etika pemakaian mengikut syarak yang wajib dipatuhi oleh kesemua pelajar, pensyarah & staf-staf KUIS. Tiada pelajar, pensyarah, & staf wanita dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata  manakala di pihak lelaki pulak tiada yang boleh sewenangnya memakai seluar pendek ketika bersukan di padang. Kawasan sekitar KUIS juga merupakan kawasan menutup aurat 100%.

 

KUIS juga amat mengambil berat terhadap perilaku-perilaku melampau yang terkeluar daripada landasan Islam & menunjukkan kebejatan moral seperti berzina, berkhalwat, mengambil dadah ataupun bahan yang mengkhayalkan, meminum arak, menghisap rokok, berdua-duaan di dalam kawasan kampus antara lelaki & perempuan dll. Kesalahan-kesalahan seperti di atas akan dikenakan hukuman yang berat, seperti ta’dib & juga sehingga dibuang daripada kolej. Hukuman-hukuman yang berat ini dilaksakan demi menjaga keutuhan biah solehah dan  kemaslahatan di KUIS & pihak pentadbiran juga  tidak akan sesekali memberi muka kepada pesalah laku tersebut. Hadith berikut merupakan sandaran bagi tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh pihak KUIS;

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (Hadis sahih riwayat Muslim)

KUIS menggalakkan para pelajarnya untuk aktif berpersatuan. Sebagai bukti, KUIS telah membernarkan lebih 40 persatuan diwujudkan sama ada persatuan fakulti, sukan & rekreasi dan juga NGO-NGO yang berdaftar. Tindakan ini seiring dengan matlamat KUIS untuk melahirkan pelajar yang berkualiti & mempunyai kemahiran luar pembelajaran yang tinggi. Walaupun para pelajar digalakkan untuk berpersatuan, persatuan-persatuan di KUIS tidak di benarkan membuat program-program yang melanggar batas Islami seperti konsert dan sebagainya. Setiap program yang dijalankan akan ditapis sedalam mungkin oleh Badan Pengurusan Mahasiswa (BPM) sebelum diluluskan. Hal ini penting demi menjaga persekitaran KUIS yang solehah & pihak KUIS tidak pernah akan pernah sesiapa pun mencemarkan persekitaraan ini.

 

Di dalam sistem pembelajaran, KUIS juga memasukkan Sistem Tarbiah Pelajar sebagai satu subjek wajib ambil oleh semua pelajar merentasi setiap kos pembelajaran yang ditawarkan. Pelajar yang gagal dalam melepasi subjek Sistem Tarbiah Pelajar ini, mereka tidak akan dibenarkan bergraduasi sehingga didapati lulus.

Apakah Sistem Tarbiah Pelajar tersebut?

Sistem ini merupakan kumpulan usrah sesama pelajar. Setiap pelajar diwajibkan berusrah (dibawah STP) selama dua tahun (4 semester). Pelajar yang gagal usrah (sebagai contoh ponteng kehadiran dll) wajib untuk mengulang semula usrahnya pada semester lima dan ke atas.

 

Beralih kepada Masjid Al-Azhar pula, institusi ini juga penting dalam mencorak biah yang murni dikalangan ahli KUIS. Banyak program-program berunsur ilmiah & kerohanian yang dilaksanakan oleh pentadbiran masjid . Sebagai contoh, setiap petang seusai solat Asar, majlis talaqqi kitab-kitab agama giat dijalankan sehingga ke waktu maghrib. Kuliah sebelum Zuhur turut giat dijalankan setiap hari yang disampaikan oleh pensyarah KUIS sendiri. Pihak masjid juga menggalakkan para pelajar untuk berpuasa dengan menyediakan makanan berbuka di masjid dengan bayaran serendah dua ringgit untuk satu kepala. Pelajar juga dibenarkan menjalankan aktiviti Qiamullail & masjid juga dibuka 24/7 sehari untuk kegunaan orang beribadat. Terdapat juga badan-badan yang membantu pihak pentadbiran Masjid Al-Azhar untuk menjaga kemurnian persekitaran KUIS, diantaranya adalah Al-Azhar Member Club (ALAM) yang merupakan biro pemuda masjid & juga BADAR. ALAM banyak melaksanakan program-program islami dalam kerangka keinginan pemuda seperti mewujudkan Al-Azhar Bikers, berdakwah di lapangan (street dakwah), mengadakan diskusi-diskusi anak muda dll.

 

Sebagai penutup, KUIS sangat komited dalam membentuk generasi ummah yang sempurna. KUIS sedaya-upaya mencipta suasana-suasana kondusif bercirikan Islam untuk semua pelajar supaya tercorak pemikiran mereka dengan pemikiran yang benar & tidak terpesong. Akhir kata, jom masuk ke KUIS.

 

 

Muhammad Sodiq bin Wardoyo@Anwar

Ketua Biro PSM

PEMBINA KUIS

Protege Akademi Al Banna 2016

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi