Aktiviti, Berita Utama

Pengkaderan Nadi Jemaah

0 49
photo232389896179920068
BANGI, 9 Jun – Bertempat di Pejabat ISMA DHL, satu perjumpaan ahli PEMBINA Bangi bersama pimpinan ISMA dibuat bagi berkongsi kepentingan pengkaderan dan hakikat sebagai seorang pemimpin.
 
Pengisian slot Pengkaderan disampaikan oleh saudara Ibrahim Azran selaku Ketua Biro Rekreasi PEMBINA Bangi. Dalam penyampaiannya beliau berkata, pengkaderan dan tarbiyah ibarat jantung kepada jemaah. Harakah akan musnah jika tiada rekrut (tajmik) dan pembinaan (takwin).
 
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (As-Saff 61:4)
 
Beliau turut menerangkan secara ringkas berkenaan sistem pengkaderan yang melibatkan ciri-ciri pada seorang pendakwah iaitu, ikhlas mendidik, mempunyai amal yang konsisten, menunjukkan contoh yang baik dan beberapa ciri yang lain.
Seterusnya slot Hakikat Aku Seorang Pemimpin PEMBINA disampaikan oleh ustaz Salman Abdul Rahman. Beliau banyak menceritakan kisah tentang Hassan Al-Banna dan gerakan Ikhwanul Muslimin di awal penubuhannya.
“Menurut Imam Hassan al-Banna, sesiapa yang bekerja keras untuk dakwah sahaja yang akan merasai nikmat kepuasan berpanjangan. Hassan al-Banna juga pernah berkata kepada Syeikh Yusof al-Dijwi, jika kamu tidak mahu bekerja untuk islam, maka bekerjalah untuk roti-roti, duit gaji yang kamu dapat itu.”
Hadirin turut didedahkan dengan potensi yang ada pada mahasiswa Islam iaitu, proaktif, sedar dan cakna isu semasa, tersusun dalam perancangan dan organisasi, mempunyai kecemerlangan akademik dan mempunyai potensi sebagai pendakwah dan pentajmik berkesan.
Program yang dijalankan selepas selesai solat Tarawikh itu dihadiri oleh penggerak PEMBINA UKM, UPM, UNITEN, dan KUIS. Ijtimak Am 2.0 ini merupakan perjumpaan kali kedua yang dianjurkan oleh Biro Pengurusan Organisasi (BPO) PEMBINA Bangi pada tahun ini.
Maisarah Binti Mohd Shahrain
Wartawan PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi