Berita Utama, Rencana

Raya Juga Ibadah

0 65

Apabila bercakap tentang hari raya semua orang memikirkan untuk membeli baju raya, membuat kuih raya, memasang langsir baru dan bermacam-macam lagi ragam manusia yang kita boleh lihat apabila mahu menyambut hari raya Aidilfitri. Tetapi adakah kita tahu maksud hari raya itu sendiri? Mari kita selidik maksud hari raya yang sebenar.

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر‎; ‘Ayd al-Fiṭr; “perayaan fitrah”) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Melayu India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan penuh mujahadah. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Alangkah beruntungnya umat islam apabila setelah mengharungi ibadah puasa dengan penuh mujahadah bersama amal kebaikan dan Allah membalas dengan kegembiraan iaitu Hari raya Aidilfitri. Hari Raya Aidilfitri kerap kali juga disebut sebagai hari kemenangan umat Islam. Kemenangan di sini membawa maksud kemenangan melawan nafsu, membersihkan diri daripada dosa atau dengan kata lain kembali menjadi insan yang benar-benar beriman.

Persoalannya,adakah hari raya ini hanya sekadar untuk umat islam bergembira dan melupakan segala amal pada bulan ramadhan?.Mari duduk dan berfikir sejenak.Hari Raya juga adalah ibadah yang dapat mengekalkan amal-amal kebaikan yang kita lakukan semasa Ramadan .Antaranya ialah berpuasa enam hari pada Raya Aidilfitri .Puasa enam hari di bulan syawal selepas mengerjakan puasa wajib bulan ramadan adalah amalan sunat yang dianjurkan dalam agama islam.Banyak pahala seseorang itu mengerjakannya seumpama berpuasa satu tahun penuh .

Rasullulah s.a.w bersabda “barangsiapa berpuasa pada bulan ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari syawal,bererti ia telah berpuasa setahun penuh
( H.R.Muslim, Abu Dawud, At-tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Selain itu, memperbanyakkan mengucap takbir merupakan amalan sunat ketika hari Raya Aidilfitri. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-baqarah ayat 185 menyebut :

“Bulan ramadhan adalah bulan yang di dalamnya dturunkan al-quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu pembeda (antara yang benar dan yang batil).Karena itu,barang siapa di antara kamu ad di bulan itu maka berpuasalah. Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan ( dia tidak berpuasa) maka (wajib menggantinya),sebanyak hari yang ditinggalkannya itu,pada hari-hari yang lain.Allah mengkehendaki kemudahan bagimu,dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah (bertakbirlah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu,agar kamu bersyukur.”

Di samping itu,hari raya ini merupakan hari dimana kita umat islam untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama islam dengan ziarah. Ziarah-menziarahi saudara mara ,kaum kerabat sahabat andai dan orang-orang yang mengenali diri kita tidak hanya sempena Hari Raya ,tetapi perlu dilakukan pada hari dan bulan lain yang sesuai dari semasa ke semasa.Di samping itu amalan meminta maaf juga perlu dilakukan apabila ada kesalahan-kesalahan yang diakukan.

Sebagaimana sabda Rasullulah s.a.w :
“Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a’ khadam Rasulullah saw ,daripada Nabi saw baginda bersabda;’’ Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi drinya sendiri.”
(HR Bukhari dan Muslim dan Ahmad)

Oleh itu sebagai umat islam, bukan di bulan ramadan sahaja kita perlu beribadah dengan bersungguh-sungguh tetapi lakukan sebanyak mana kebaikan dan amal kita pada bulan-bulan lain .Moga kita dikurniakan oleh Allah petunjuk dan hidayah olehNYA. In shaa Allah.

Paling penting sebelum berhari raya,
tunaikanlah zakat,
Agar kita meraikan bersama,
Tanpa mengira miskin dan kaya.

Kini tibalah saat yang dinanti
Hari kemenangan bagi kita
Selamat hari raya
Minal aidil wa faizin
Minal aidil wa faizin
Minal aidil wa faizin
(Lirik lagu :Raihan)

Wallahualam..

Nur Aishah binti Mohd Aziz
Jawatankuasa Biro PSM
PEMBINA UPM
Protege Akademi Al Banna 2016

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi