Berita Utama, Bicara Pimpinan

Merdeka Malaysia

0 59

Merdeka !

Hari demi hari menjejaki bulan kemerdekaan,
Semua orang akan mula sibuk membuat persiapan merdeka,
Lagak mereka seperti menyambut hati perayaan,
Digantung bendera kebangsaan di setiap penjuru rumah.

Anak-anak berpakai comot berlari berselipar mengibar bendera kesana kemari,
Yang tua tersenyum melihat mereka,
Keseronokan keriangan ini adalah hasil penghayatan yang yang telah pun ditanam oleh kedua ibubapa mereka,
Anak-anak kecil itu juga tidak lokek tenaga membantu membuat pesiapan menyambut tarikh keramat itu.

Dimana sambutan yang meriah itu hari ini?

Hari sambutan di alam maya lebih meriah berbanding di alam nyata,

Bernarkah begitu?

“Selamat hari merdeka semua”
“Merdeka!”
“Selamat menyambut hari kemerdekaan ke59 semua, Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Semangatnya kata-kata itu,
Namun hakikatnya tetap bisu dan tidak hidup,
Kemeriahan hanya dilihat hasil daripada status-status facebook yang di ‘post’,
Rajin ‘scroll’ dapat lah rasa,
Tiada talian internet habislah tak dapat mendengar kata-kata keramat.

Namun, hari ini kita masih bersyukur kerana kemeriahan hari ini dapat dilihat melalui kibaran bendera di bangunan-bangunan kerajaan, sekolah-sekolah, IPT dan perarakan kemerdekaan.

Namun tetap tidak sama dengan sambutan kemeriahan seperti dahulu,
Kemerdekaan yang disambut oleh setiap individu,
Kegembiraan menyambut dengan kesyukuran yang tinggi.

Moga kemerdekaan itu kembali lagi hadir bersama kita lagi.

Selamat Hari Merdeka !

Norsyahidda Bakry
Aktivisme PEMBINA Bangi

kak syida cropped

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi