Berita Utama

Kesan Rutin 4K : Lahir Mahasiswa Pemalas

0 175

photo270028365337045694

SERDANG, 17 Oktober – “Kesan 4K (Katil, Komputer, Kafe, Kuliah) ini akan melahirkan mahasiswa yang pemalas dan sering mengadu pelbagai hal sama ada berkenaan hal pengurusan, pensyarah dan perkara-perkara lain yang serba tidak kena baginya. Selain itu, mahasiswa selesa melakukan perkara rutin yang akhirnya membawa kepada ketagihan.” Demikian kata saudara Naqiuddin, mantan Presiden PEMBINA UPM selaku panelis dalam Forum Mengapa Aku Di Sini anjuran PEMBINA UPM semalam.

“Apabila kita tidak disibukkan dengan benda-benda yang baik, masa kita akan dipenuhi dengan perkara-perkara yang melalaikan dan akhirnya merosakkan diri sendiri.”

Tambah beliau lagi, mahasiswa harus mengambil iktibar dari kisah Ibnu Yahya yang bersungguh mendalami ilmu apabila sanggup bermusafir dari Andalus ke Madinah.

“Apabila kita belajar untuk mengajar, maka kita akan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan serta mendidik diri berjiwa besar, di mana kita lebih mengutamakan masalah dunia daripada masalah peribadi.”

Forum ini diadakan bersempena Hari Ahli PEMBINA anjuran PEMBINA UPM semalam yang berlangsung di Kompleks Akademik A (KAA), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini turut berjaya mengumpulkan ahli-ahli baru dari pelajar tahun 1 untuk turut serta dalam majlis ini.

Disediakan oleh:

Maisarah Binti Mohd Shahrain

Biro Media PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi