Aktiviti, Berita Utama

Kita Berada Dalam Keadaan Perang Fizikal dan Bukan Fizikal

0 63

ust-syed-israa

17 OKTOBER, BANGI- “Wasiat yang ingin saya sampaikan malam ini kepada kesemua mahasiswa yang dirahmati Allah sekalian ialah kita berada dalam keadaan perang fizikal dan bukan fizikal,” berkata Syed Ahmad Isra’, 28, sewaktu memberi ceramah bertajuk Sayonara Hijrah: Bangkit sebelum rebah.

“Perang fizikal dalam erti kata mempertahankan ekonomi, sumber alam dan kekayaan negara kita daripada diambil negara dan syarikat asing manakala perang bukan fizikal ialah peperangan terhadap pemikiran dan cara hidup daripada merdeka memilih haluan kita sendiri iaitu Islam.” Tambah beliau yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi Interdisciplinary Research and Internationa Strategy(IRIS) institute.

Beliau berkata lagi bahawa umat Islam zaman kegemilangan Melaka dahulu hanya berlawan dalam bentuk perang fizikal iaitu menentang penjajah yang berada di depan mata tetapi umat Islam hari ini menghadapi cabaran yang lebih besar.

“Apa yang berlaku di Kuantan, projek cari gali bauksit yang rakus dijalankan baru-baru ini memberi senario yang pernah kita kenal sebelum ini iaitu sewaktu zaman pemerintahan British mengorek hasil biji timah kita untuk dibawa keluar dan mengkayakan pihak asing, bukannya negara kita” ucap beliau dihadapan 80 mahasiswa pelbagai fakulti di Hari Ahli PEMBINA peringkat UKM.

Hari Ahli PEMBINA(Persatuan Belia Islam Nasional) adalah sebuah acara bagi meraikan kesemua ahli PEMBINA yang diadakan setiap tahun dan diadakan di Dewan Kuliah 3, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.-PEMBINA Bangi

Disediakan oleh:

Najmuddin Bin Mohd Faudzir

Biro Media PEMBINA Bangi

 

 

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi