Berita Utama

SYED ISRA: GANTI 4K KEPADA 4M

0 176

ust-syed-israa1

17 OKTOBER, BANGI- “Jadi saya menyeru kepada mahasiswa yang dirahmati Allah sekalian untuk menukar 4K kalian kepada 4M, iaitu Murabbi(jurulatih), Mutarabbi(pelatih), Manhaj(system) dan Muhit(persekitaran)” seru Ustaz Syed Isra’,Ketua Pegawai Operasi Interdisciplinary Research and International Strategy(IRIS).

Ustaz Syed Isra’ menyeru lagi kepada mahasiswa untuk tidak hanya hidup di dalam kitaran 4K iaitu kuliah, katil,kafe dan computer tetapi hidup dalam erti kata memberi manfaat kepada Islam dan masyarakat.

“Kita boleh lihat bagaimana tokoh perjuangan seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang usaha dan jasa beliau melangkaui zaman, iaitu sewaktu muda lagi, tidak perlu menunggu umurnya lanjut” tambahnya lagi sewaktu berucap di Hari Ahli Pembina UKM yang diadakan di Dewan Kuliah 3 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM.

Hari Ahli PEMBINA(Persatuan Belia Islam Nasional) adalah sebuah acara bagi meraikan kesemua ahli PEMBINA yang diadakan setiap tahun.

Hari Ahli PEMBINA kali ini bertemakan Sayonara Hijrah:Bangkit sebelum rebah turut dihadiri seramai 80 orang peserta. –PEMBINA Bangi

 

Disediakan oleh:

Najmuddin Bin Mohd Faudzir

Biro Media PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi