SERDANG, 17 Oktober – “Mudah saja untuk berubah,” Demikian respon saudara Shukery Azizan dari Tarbiah Sentap apabila diminta mengulas cabaran mahasiswa di dalam forum ‘Mengapa Aku Di Sini’ sempena program Hari Ahli PEMBINA (HAP) UPM semalam.
“Pertama, sentiasa rasa bersalah dengan dosa-dosa yang dilakukan dan berulang kali bertaubat setelah melakukan dosa. Jangan pernah serik untuk bertaubat walaupun dosa itu telah dilakukan berkali-kali kerana fitrah manusia itu cenderung melakukan kesalahan yang sama.”
“Kedua, tiada cara lain melainkan dengan usrah kerana di sini lah tempat mengubati hati-hati manusia.”
Mahasiswa turut diingatkan agar tidak menjadi fitnah kepada agama. Hanya kerana ingin berubah, mahasiswa meninggalkan tanggungjawabnya sebagai pelajar.
“Kita perlu tahu tipu daya Iblis dalam menyesatkan manusia yang akhirnya membawa fitnah kepada agama. Apabila dah berniat berubah dengan mencari agama, jangan terus tinggalkan dunia dengan berhenti belajar.”
Forum ‘Mengapa Aku Di Sini’ ini turut menampilkan mantan Presiden PEMBINA UPM, saudara Naqiuddin sebagai panelis. Program HAP UPM ini dihadiri seramai 100 orang peserta.
Disediakan oleh:
Maisarah Binti Mohd Shahrain
Biro Media PEMBINA Bangi
Related Posts
-
April 16, 2018 -
-
March 18, 2018 MATC Ke-8 2018 Terus Unggul Dalam PEMBINA Bangi
-
March 5, 2018 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin
-
March 3, 2018 Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!
-
February 27, 2018 KEBIMBANGAN AMAL TIDAK DITERIMA ALLAH
Artikel terbaru
-
March 5, 2018 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin
TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…
-
March 3, 2018 Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!
Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…
-
December 28, 2017 Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan
BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…
Leave a reply