Berita Utama

Kutipan Lebih RM 16K , PEMBINA KUIS Terima Anugerah Keusahawanan Terbaik 2016

0 297

Timbalan Presiden PEMBINA KUIS, Muhammad Syafi bin Shaharani

Nilai, 21 Jan – Atas usaha besar kutipan derma Palestin, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah memenangi Anugerah Keusahawanan Terbaik KUIS 2016. PEMBINA telah menerima anugerah tersebut ketika majlis Anugerah Sinar Kepimpinan 2016 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KUIS hari ini.

PEMBINA KUIS dipilih atas kejayaan besar yang dicapai melalui karnival “Bumi Berdiri Demi Palestin” (BBDP) yang telah dianjurkan selama 5 hari dari 22 hingga 26 Ogos tahun lalu. BBDP telah berjaya meraih kutipan derma Palestin sebanyak RM 16,269.50. Selain itu, karnival tersebut berjaya menyerikan 5 hari tersebut dengan aktiviti, pameran & teater yang memberikan kesedaran isu Palestin kepada mahasiswa KUIS. Karnival 5 hari tersebut telah diketuai oleh saudara Ichwanul Izzat bin Mohamad Shahar, pelajar Diploma Tahfiz & Qiraat.

Anugerah Sinar Kepimpinan 2016 yang mengumpulkan barisan pimpinan persatuan pelajar di KUIS merupakan satu usaha untuk memberikan lonjakan & pemangkin untuk membina kepimpinan mahasiswa yang selaraskan dengan slogan KUIS iaitu “Di sini lahirnya daie, ulama & umara”.

Malam kemuncak BBDP 26 Ogos lalu.

Penasihat PEMBINA KUIS, Ustazah Suriani binti Sudi ketika ditemubual, “Saya mengucapkan setinggi tinggi tahniah ke atas barisan kepimpinan PEMBINA KUIS umumnya dan ahli jawatankuasa program BBDP khususnya atas anugerah ini. Saya berbangga dengan kalian. Kesungguhan, komitmen dan pengorbanan yang tinggi telah saya lihat sepanjang program ini berlangsung dahulu. Tawa, airmata dan keringat mewarnai tiap langkah yang dilalui. Allah melihat amal-amal kalian. Sesungguhnya terlalu banyak yang kalian belajar dari situ. Semua itu sebagai persediaan untuk kalian berhadapan dengan dunia di luar kampus kelak yang pastinya lebih mencabar. Dunia memerlukan diri diri seperti kalian untuk mengubah umat ini. Belia-belia yang berjiwa besar, bersemangat waja dan berjati diri tinggi. Semoga perjuangan untuk membela Palestin dan umat ini tidak terhenti di sini. Dengan ini saya menyeru kepada pelajar KUIS khususnya dan mahasiswa di Malaysia umumnya untuk menyertai PEMBINA. PEMBINA komited untuk melahirkan belia yang jelas matlamat hidup, tinggi jati diri, berdaya saing dan bercita cita tinggi. Moga PEMBINA KUIS terus berada di hadapan dalam memacu amal.”

Timbalan Presiden, saudara Muhammad Syafi bin Shaharani wakil PEMBINA KUIS menerima anugerah tersebut di Dewan Melor Garden Wedding, Nilai 3 petang tadi.

 Layari Facebook PEMBINA KUIS: facebook.com/officialPembinaKUIS

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi