Berita Utama

Presiden PEMBINA KUIS Pelajar Terbaik Ijazah Sarjana Muda Al-Quran & Al-Sunnah

0 471

BANDAR SERI PUTRA – Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Muhammad Nur Farhan bin Abdul Jalil telah mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai Pelajar Terbaik Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah Dengan Komunikasi dari Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah kolej universiti itu hari ini.

Muhammad Nur Farhan, 23 menerima anugerah tersebut di majlis Get Tea Gather dan Anugerah Kecemerlangan Fakulti Pengajian Peradaban Islam KUIS. Penglibatan beliau dalam PEMBINA dan sukan badminton di KUIS tidak menghalang beliau untuk terus berjaya dalam akademik.

Beliau berkata ketika ditemubual, “Motivasi saya adalah hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya, dua nikmat yang sering manusia lupa iaitu nikmat masa lapang dan kesihatan. Saya sentiasa menjadikan masa saya berharga dan tidak ditinggalkan kosong. Saya isi dengan berdakwah, mewakili KUIS dalam sukan badminton, menjadi tenaga pengajar Al-Quran dan memegang kepimpinan PEMBINA. Dengan komitmen yang banyak, saya melatih diri untuk mengejar matlamat yang saya ingini.”

“Saya dengan rendah diri berpesan kepada mahasiswa & mahasiswi, bahawa dengan matlamat hidup yang jelas, kita tidak harus berputus asa mencapainya. Tetapkan matlamat hidup anda.”

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Promosi Konvokesyen Dengan Cara Tarian Bukan Ciri Mahasiswa

    Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti. Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara. Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai…

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi