Akademik, Berita Utama

Pensyarah Anda Akan Kagum jika Slide Presentation Anda Ada 5 Ciri Ini!

0 3025

Selaku mahasiswa yang sedang berusaha mengembangkan potensi diri dari pelbagai sudut terutamanya dalam pendidikan, saya mendapati daripada siri-siri perjalanan sewaktu berada di kolej dan universiti, rata-rata daripada kalangan penuntut atau mahasiswa mempunyai masalah dalam membentangkan idea atau bahan mereka di khalayak ramai ataupun di dalam kelas sewaktu proses P&P berjalan.

Hal ini berlaku adalah mungkin kerana kekurangan soft skills yang sepatutnya digarap sewaktu berada di bangku sekolah sebelum melangkah ke alam universiti. Kita sedia maklum bahawa pendidikan kita sendiri yang tidak menitikberatkan faktor-faktor tersebut.

Persoalan di sini, apakah sebenarnya fungsi slide presentation bagi presenter ? Sepatutnya slide berfungsi untuk mengarap informasi supaya pendengar tidak lupa apa yang anda ingin katakan. Akhirnya pendengar berusaha untuk mendengar terhadap apa yang ingin anda katakan bukan sekadar meletakkan mata mereka bergantung kepada slide tersebut. Mereka ingin mendengar anda bercerita bukan membaca kerana rata-rata boleh membaca tetapi kurang kemahiran untuk bercerita.

Persoalan kedua iaitu, bagaimana untuk menjadikan slide itu berfungsi ?… adalah suatu persoalan yang penting kerana dengan itu sebenarnya menjadikan siapa diri kita dihadapan pendengar.

Terdapat beberapa kaedah yang anda dapat gunakan sewaktu anda mula untuk membentang slide anda kepada pendengar.

Gunakan beberapa banyak slide yang boleh

Ada mitos yang mengatakan bahawa semakin sedikit adalah semakin bagus atau presentation yang bagus adalah menggunakan slide yang sedikit, sebenarnya dakwaan itu tidak benar dan kurang tepat. Nombor atau bilangan adalah bukan sepatutnya yang perlu anda takutkan, kerana dengan bilangan yang banyak akan lebih membantu anda dalam menyampaikan idea dengan lebih bernas dan tersusun.

Perkara yang penting adalah mengenai masa dan bagaimana cara anda membentangkan slide tersebut. Sebagai contoh, pensyarah anda telah memperuntukkan satu jam untuk anda bentang apa yang berkaitan dengan slide anda. Sekarang anda sudah ada 60 minit, berapa slide yang anda perlu bentang dalam masa yang diperuntukkan itu. Jika anda menghabiskan masa 10 minit untuk 10 slide adalah lebih baik daripada anda menghabiskan 10 minit untuk satu slide yang hakikatnya maklumat yang anda ingin sampaikan kepada pendengar itu adalah menceritakan tentang suatu fakta yang sama.

  • Gunakan design yang mudah bukan rumit

Kebiasaan daripada mahasiswa, mereka akan lebih cenderung untuk menggunakan design slide yang rumit-rumit daripada yang simple-simple, kerana beranggapan bahawa yang rumit itulah lebih hebat dan disanjung tinggi oleh pensyarah dan pendengar. Hakikat pemikiran seperti itu adalah salah, kerana anda bukan bertanding untuk melihat slide siapa yang lebih cantik, menarik dan hebat, tetapi anda sedang membentangkan kefahaman anda supaya pendengar juga faham apa yang anda ingin sampaikan di dalam slide tersebut.

Biarkan Imej menguasai slide anda… and, Go BIG

Let Images Take Over Your Screen. Image are so powerful, can speak by it self.

Menembak dengan menggunakan banyak peluru yang melekat di dalam slide anda tidak juga akan membantu jika tidak tepat pada sasaran. Kurangkan penggunaan peluru dan mula untuk besarkan sasaran. Audience akan lihat kepada imej yang anda tonjolkan sebelum mereka mula melihat kepada perkataan yang ada di dalam imej tersebut. Mereka akan lebih mesra menerima tonjolan imej daripada huraian teks yang berjela-jela panjangnya.

Sebagai contoh, jika anda membentangkan sesuatu mengenai kecanggihan pembinaan moden abad masa kini, penggunaan imej iffel tower atau burj khalifa adalan sesuai pada masa itu untuk menggambarkan kepada idea yang anda ingin bentang kepada pendengar.

Perlu diingatkan di sini bahawa anda sebenarnya sedang membentang idea anda di dalam slide bukan membaca report kepada pendengar. Dengan menggunakan imej visual seperti gambar, graf, carta dan apa yang seumpamanya akan dapat membantu anda dan juga pendengar untuk meransang memori visual. Pendengar akan lebih ingat tentang apa yang anda bentang dihadapan mereka kerana impak visual itu lebih besar kepada memori.

Highlight Key Word

Sewaktu membentang slide anda, pendengar akan mencatit apa yang penting daripada slide dan perkataan yang anda keluarkan, mereka inginkan fakta dan kefahaman bukan sampah bahasa yang kurang difahami. Dengan itu, jangan takut untuk meluahkan kefahaman anda.

Sewaktu membentang idea anda di dalam slide, anda akan berhadapan dengan pelbagai kerenah daripada Audience, ada diantara mereka yang sibuk dengan hal sendiri, bermain Watsapp, memandang ke luar jendela, dan berangan-angan. Apabila mereka mula untuk fokus, kebiasaannya mereka akan memandang perkataan yang paling penting pada slide anda, jangan lupa untuk Bold-kan teks anda dan highlight-kan mana yang penting. Jika anda tidak berbuat demikian, bahawasanya anda akan kehilangan pendengar buat kali yang kedua.

Tips yang terakhir, ingat…

Buat persediaan sebelum bentang slide anda

Practice dahulu di rumah atau di dalam bilik. Jangan sampai anda dijadikan bahan jenaka di hadapan ramai orang kerana tidak bersedia sepenuhnya. Teknik ini sebenarnya akan membaiki memori anda supaya dapat berfikir dengan lebih cepat dan teratur serta anda juga akan rasa lebih selesa sewaktu membentang kerana telah ada persediaan.

Hasil tulisan oleh

Muhammad Amir Zuhri bin Mohd Rushdi | Semester 7 | Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang | Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Promosi Konvokesyen Dengan Cara Tarian Bukan Ciri Mahasiswa

    Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti. Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara. Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai…

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi