Akademik, Berita Utama, Rencana

Kawalan Perosak

0 73

Anda masuk ke dapur, kemudian anda mencari bahan-bahan mentah untuk di masak. Anda buka kabinet dapur dan menjumpai sebungkus maggi perisa kari. Anda buka pula peti sejuk dan mengambil bahan-bahan mentah seperti cili merah dan telur. Kemudian anda ke bahagian dapur api, dan menyalakan api. Sedang anda ke bahagian rak-rak periuk untuk mengambil periuk bersaiz sederhana, tiba-tiba seekor lipas terbang dan menerkap muka anda.

Lipas yang sebelum ini kelihatan biasa apabila ia berjalan di lantai, kini bertukar menjadi sebuah tahap carutan yang luar biasa. Segera anda pergi ke tandas dan membasuh muka. Anda ke sudut pintu rumah dan mengambil semburan racun serangga dan mengala ke aras lipas tadi. Anda berada di dalam dilema seketika apabila lipas itu berada di atas bungkusan maagi anda bersama bahan mentah yang lain. Kalau disembur sekarang, nanti aku nak makan apa. Lalu anda menggunakan senduk lama yang berada dalam capaian anda untuk menghalau lipas ke tempat yang tiada makanan.

Lipas itu kemudian ke lantai, anda kini sudah bersedia untuk menyembur racun tersebut. Tiba-tiba  kucing anda dari ruang tamu segera menangkap lipas tersebut dan menggigit lipas. Anda hanya memerhati gelagat kucing anda dan tidak lama kemudian kucing anda memburaikan anggota lipas itu dan memakannya.

Anda sebenarnya telah melaksanakan kawalan perosak secara tahap integrasi tanpa anda sedari.

Integrated pest management (IPM)

IPM adalah sebuah program kawalan perosak yang menggabungkan pelbagai  tahap dan pendekatan. Ia menggabungkan teknik kawalan menggunakan kimia, fizikal, biologi dan cara kerja yang baik.  Kebanyakan perspektif masyarakat bahawa untuk memusnahkan haiwan perosak adalah dengan mengguakan bahan kimia sahaja. Penggunaan bahan kimia yang berterusan sebenarnya memberi impak negatif kepada alam sekitar. Ia akan meninggalkan kesan ke dalam rantaian makanan yang hujungnya juga manusia. Ia juga akan menyebabkan kemunculan spesies haiwan perosak yang rintang  kepada bahan kimia tersebut. Walaupun sebelum ini kebanyakannya rentan terhadap kebanyakan racun perosak.

Pendekatan fizikal adalah bercirikan tindakan fizikal seperti menangkap, membunuh, menjerat, memburu dan mengumpan haiwan perosak. Tindakan ini berkesan dalam jangka masa pendek dan untuk membunuh haiwan yang jelas di mata sahaja. Haiwan perosak yang tersembunyi tidak dapat dilaksanakan menggunakan pendekatan fizikal ini. Walaubagaimanapun, tindakan fizikal amat berkesan bagi menghalang haiwan perosak bersaiz besar dan terbang di udara. Sebagai contoh merpati yang selalu menceroboh di atap rumah bagi membina sarang mereka dapat dihalang melalui cara membina jarring kukuh di bahagian yang didapati menjadi sasaran merpati ini. Ia boleh diaplikasikan kepada kelawar juga.

Pendekatan biologi adalah menggunakan pemangsa semulajadi haiwan tersebut untuk mengawal populasi haiwan secara semulajadi. Seperti cerita di atas, kucing anda mengawal populasi lipas di rumah dengan memakannya. Contoh di luar menggunakan burung helang untuk memburu tikus di ladang kelapa sawit dan sawah padi. Cara seperti ini lambat dan ada kemungkinan untuk haiwan pemburu tersebut lari  ke tempat lain apabila makanannya berkurangan.

Cara kerja yang baik bermakna mengamalkan budaya kerja seperti kebersihan, keselamatan dan budaya yang baik. Kebersihan rumah boleh mengurangkan elemen-elemen yang menarik minat haiwan perosak ke premis kita. Keselamatan budaya kerja kita menjamin pengurangan minat haiwan perosak untuk mendekati premis kita. Hal ini demikian kerana premis yang selamat dan bersih umpama ‘padang pasir yang tandus’ kepada haiwan perosak yang mengimpikan tempat yang kotor, tersembunyi, gelap, lembab dan banyak sumber makanan.

Kesimpulan dari tindakan, tekanan, cara kerja, dan pendekatan kita terhadap haiwan perosak ini akan memberi persekitaran yang selamat dan bersih untuk kita melalui program IPM. Cerita di atas terlah menjadi contoh pendekatan IPM yang mampu kita aplikasikan tanpa menunggu pihak penghapus haiwan perosak dahulu. Racun serangga (kimia), senduk lama (fizikal), tidak menyembur pada makanan (cara kerja) dan kucing anda (biologi) adalah Integrated Pest Management (IPM) itu sendiri.

 

 

Najmuddin Bin Mohd Faudzir

Juruteknik kawalan perosak

Biro Media Pembina Bangi.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi