Berita Utama, Isu Semasa

Remaja dan Rokok?

0 25
Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali leher masih dipakai baik seperti mahasiswa yang bersedia untuk pembentangan projek akademik.

Aku seperti kebiasaan manusia lainnya, buat tak tahu sahajalah. Tiba-tiba dalam kekhusyukan aku makan, salah seorang dari mereka itu keluarkan sebatang rokok dari kocek kemeja lalu diketap pada bibir. Belum sempat dia menyalakan api pada rokok, aku tersergah dia (jujur kata, memang refleks) dengan bertanyakan beberapa soalan;

“Kau umur berapa?”

Dia tak menjawab tapi rokok tadi dengan segera disorokkannya.

“Kau tahu tak budak sekolah tak boleh hisap rokok?”

“Sini rokok kau semua.”

Adik tu dengan tersengih-sengih dan menggeletar menyerahkan sekotak rokok miliknya yang masih penuh pada aku. Aku sambut kotak rokok tersebut lalu terus konyokkan depan mata dia sambil berkata,

“Kau muda lagi, jangan hancurkan hidup kau.”

“Maaf bang, tak buat lagi.” Terus dia kembali ke mejanya untuk sambung makan sambil melihat pada telefon pintarnya. Aku pun kembali buat perkara yang sama juga.

Bila rasanya sudah sedikit tenang, tiba-tiba datang sekumpulan lagi adik-adik sekolah menengah singgah di meja sebelah depan kiri aku dan salah seorang dari mereka keluarkan sekotak lagi rokok. Kali ini refleks aku lebih lantang rasanya hingga tergamam seorang dua pekerja restoran mamak terkejut.

Aku panggil terus adik ni. Namanya Alif. Soalan yang sama juga aku tanyakan dan Alif ni nampak lebih tenang berbanding adik yang sebelum dia tu. Hasil siasatan ringkas aku pada Alif;

– mengakui salah akan tindakannya baik dari sudut undang-undang dan syari’at
– bila aku kata yang aku tak pernah nampak setakat ini mana-mana budak sekolah bukan Melayu terutamanya Cina merokok sambil berpakaian sekolah, Alif mempertahankan tindakan merokoknya dengan menjawab “ala abang, bebudak Cina hisap rokok sorok-sorok belakang kedai bang”. Geram aku dengar jawapan tu lalu menjawab “yang kau nak rosak macam diorang tu pasal apa? Diorang rosak sorok-sorok, yang kau ni depan orang ramai siap pakai baju sekolah ni kenapa?”
– mengaku ibu bapa nya melarang dia menghisap rokok tetapi dia tetap lawan

Sebelum berakhir sesi kaunseling tak sengaja dari aku ni, aku panggil salah seorang pekerja restoran dan tanya mengapa dia biarkan adik-adik sekolah ni menghisap rokok di restoran mereka.

“Susah abang, ini budak dulu saya sudah marah lepas tu dia panggil sama kawan-kawan dia pukul kepala saya. Tak percaya tanya kawan saya ni. @$!/@&(bahasa Tamil).”

“You ada buat report polis tak? Tak ada kan? Hah itu pasal la budak-budak ni berani. Kasi report sajalah. Balai dekat ja. Kalau you tak berani, you ajak saya. Kita guna rakaman CCTV, kita bawa jumpa polis. You boleh ambil nombor saya kalau you mau.”

“Oke bos. Terima kasih bos.”

Sebelum aku benarkan Alif kembali duduk dengan rakan-rakannya, aku tegaskan semula pada mereka apa yang aku buat ni bukan nak menghukum tapi aku nak mereka sedar yang mereka buat salah. Kita sebagai orang Islam sepatutnya menjadi contoh; jadi pelajar sekolah yang baik dan jadi pengusaha restoran yang baik. Masa ni kedua-dua mereka ni tunduk sahaja.

Alif kemudiannya beri pada aku rokok dan LIGHTER sekali dan aku minta juga pada kawan-kawannya kalau ada simpan rokok. Depan mata mereka semua juga aku konyokkan kotak rokok tersebut.

Selesai makan, aku beredar dan ketika hendak bayar di kaunter, perbincangan bersambung pula dengan cashier. Aku bagi beberapa cadangan dan paling penting, aku pesan supaya jadikan adik-adik ni bukan sekadar pelanggan tetapi kawan. Kawan dalam ertinya kita takkan sesekali membiarkan mereka melakukan kesalahan. Kalau layan seperti pelanggan sahaja, memang jadi hamba duit la. Biar mereka buat salah asalkan bisnes jalan; ini tak betul ni. Aku beritahu pada cashier tersebut, “Saya ni kira baik la

lagi terus tegur macam ni. You tahu kan zaman sekarang ni orang ramai suka snap gambar guna phone lepas tu viral ataupun report pada polis tanpa you sedar. Nanti bila kecoh dan polis ambil tindakan, boleh jadi bukan budak-budak sekolah ni sahaja kena tahan, you punya kedai pun kena tutup sebab biarkan budak-budak bawah umur beli rokok dan hisap. You tak takut ke?”

“Wokey abang. Saya sudah faham.”

Kini kedua-dua kotak rokok yang dikonyok ini masih dalam kereta aku. Sengaja aku tak mahu membuangnya kerana setiap kali aku melihatnya, hati aku berbisik sedih mengenang keadaan adik-adik sekolah yang aku jumpa tempoh hari. Itulah kali pertama kami berjumpa dan boleh jadi kali terakhir tetapi aku sayang mereka, tak sanggup melihat mereka tenggelam dalam dadah rokok seawal usia begitu. Kadang dari kotak rokok ini juga menyuntik semangat buat aku berusaha lebih keras dalam mengumpulkan serta mentarbiyah adik-adik agar sedar matlamat sebenar kehidupan dan menggilap potensi diri ke arah yang lebih bermanfaat.

Ya Allah, jadikanlah segala yang ada pada diriku ini sebahagian dari jutaan mutiara infaq buat dakwahmu. Ameen.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi