Berita Utama

PEMBINA Bangi Tampil Barisan Kepimpinan Baharu Sesi 2017/2018

0 224

BANGI, 9 Sept- Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Bangi telah mengadakan mesyuarat agung tergempar yang menghimpunkan 21 ahli jawatankuasa bagi penstrukturan semula kepimpinan PEMBINA Bangi.

Penukaran 6 jawatan utama di dalam kepimpinan PMEBINA Bangi termasuk ketua beliawanis menjadi agenda utama mesyuarat kali ini.

Kehadiran jawatankuasa sokongan dalam mesyuarat kali ini memberi peluang kepada mereka mengenali dengan lebih rapat dan dapat ramah mesra dengan kepimpinan baharu yang telah dilantik.

“Ana harap kalian semua dapat mengambil jawatan ini dengan kesiapsagaan yang terbaik,”berkata saudara Ibrahim bin Azran, pengerusi PEMBINA Bangi sesi 2017/2018 kepada jawatankuasa baharu dan mantan jawatankuasa.

Pelbagai PEMBINA di  IPT yang bernaung di bawah PEMBINA Bangi termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

PEMBINA merupakan persatuan belia yang berdaftar dengan Registrar of Youth (ROY) dan telah mempunyai lebih 24 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Disediakan oleh:

Najmuddin Bin Mohd Faudzir

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi