Berita Utama, Isu Semasa

Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

0 40

BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019.

Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian.

Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang baik yang patut dilakukan.

“Namun, harus diperhatikan untuk jangka masa panjang, terutamanya penerimaan ibu bapa dalam menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan selepas inisiatif tidak mengasingkan kelas ini dijalankan.

“Risau jika ibu bapa yang masih cenderung untuk pencapaian kecemerlangan akademik semata-mata bertindak mengeluarkan anak-anak daripada sekolah kebangsaan yang merupakan tempat penting bagi menyemai perpaduan rakyat,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin yang mengatakan budaya pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid perlu dihentikan sepenuhnya bagi mengelakkan jurang kepandaian antara pelajar.

Dr Amin berkata amalan itu bukan dasar pendidikan namun dilaksanakan sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS) yang menjadi petunjuk prestasi utama (KPI).

“Kita tidak mengalakkan sekolah untuk melakukan pengasingan kelas mengikut tahap kepandaian seseorang, tetapi amalan itu dilakukan oleh pihak sekolah untuk menjaga KPI sekolah mereka,” katanya.

Sementara itu, Eqwan berkata, terdapat banyak maklum balas daripada masyarakat di media sosial yang mengatakan pengasingan kelas bukan sahaja meningkatkan jurang, malah supaya guru boleh memberikan tumpuan yang berbeza mengikut tahap pelajaran murid.

“Berkenaan isu ini, eloklah dapatkan maklum balas daripada pihak guru juga untuk mengelakkan salah faham antara satu sama lain,” katanya.

Sumber : Che Siti Rekembang Hasbi, www.ismaweb.net

 

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi