Akademik, Berita Utama, Isu Semasa, Rencana

“Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

0 139

“Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43)

Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan pribahasa Melayu iaitu meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Penerapan unsur tarbiah dengan didikan dan kefahaman dalam agama Islam perlu dilaksanakan dalam diri anak-anak masa kini. Tambahan pula, generasi yang sedang merangkak di dunia ini dikelilingi oleh pelbagai anasir, ideologi dan pengaruh yang mampu memesongkan kefahaman mereka dalam konsep beragama.

            Solat berjemaah sememangnya perkara yang dituntut dalam agama Islam. Solat berjemaah telah mengajarkan kita pelbagai perkara. Antaranya mengikut arahan ketua iaitu dengan setiap pergerakan imam akan diikuti dengan makmum. Seterunya, berdiri bersama-sama dalam satu barisan yang lurus dan tersusun mengajarkan disiplin dalam diri kita. Malah pembelajaran dalam solat berjemaah sangat banyak untuk dibincangkan. Berjemaah menjadikan kita lebih kuat dan teguh untuk menghadapi apa-apa perkara yang mendatang.

Di manakah peranan kita terhadap kanak-kanak dan remaja pada masa kini?

          Dalam komposisi sebuah keluarga sememangnya tanggungjawab seorang bapa dan ibu menjadi keutamaan untuk mendidik anak-anak mereka. Jangan biarkan kerja yang dikejar dengan alasan mahu mencari rezeki menyebabkan anak-anak terabai tanpa kita mengambil tahu pasal mereka. Jika hal yang demikian berlaku, boleh jadi anak-anak tersebut berani berlaku ingkar dan melawan kehendak ibu bapa. Maka jadilah seperti sudah terhantuk baru tengadah. Lantas, Ibu bapa sendiri perlu mengamalkan solat berjemaah di rumah bersama anak-anak untuk menghidupkan suasana ibadah.

        Seterusnya tanggungjawab seorang abang atau kakak adalah sangat penting yang menyokong ibu bapa mendidik adik-adik mereka. Andai bapa dan ibu tiada, maka merekalah yang menggantikan tempatnya. Jika seorang adik ditimpa masalah sudah pastinya abang dan kakaknya yang menjadi hero dan heroin yang membantu mereka untuk menempuh kesulitan sehingga mendapat sinar kejayaan. Bukanlah menjadi seperti anjing dan kucing yang sering berkelahi sesama darah daging sendiri dan tidak mengendahkan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini antara satu sama lain.

            Peranan seorang guru adalah sebagai murabbi yang mempunyai tanggungjawab penting dalam membina sahsiah dan jati diri anak-anak masa kini. Seorang guru bukan hanya mengajar berdasarkan subjek kemahirannya atas tiket untuk mendapat gaji semata-mata sebaliknya, seorang guru perlu menelusuri hati anak muridnya dan pada masa yang sama memberi bimbingan, tunjuk ajar dan membantu anak muridnya untuk menjadikan mereka lebih matang, berakhlak dan patuhi suruhan agama.

            Tidak terlepas juga peranan masyarakat yang perlu cakna dalam senario yang berlaku di kalangan mereka. Masyarakat itu juga adalah jemaah dalam sesebuah kelompok manusia. Masyarakat yang membangun adalah masyarakat yang mematuhi tuntutan agama, pemimpinnya dan saling bekerjasama serta hormat-menghormati. Lantas, sebuah negara yang utuh akan dapat terbina dengan adanya elemen-eleman ini. Seandainya tiada persefahaman maka akan berlakulah keruntuhan sepertimana isu solat berjemaah yang tidak dapat disepakati. Analoginya boleh diibaratkan sebagai sebuah binaan yang berdiri mencapai awan. Jika salah satu struktur bangunan tersebut menghadapi masalah sudah pastinya, akan berlaku gangguan pada bangunan tersebut yang boleh memberi kesan kepada struktur yang lain.

            Konklusinya, dapat dinyatakan bahawa solat berjemaah yang menjadi keutamaan adalah satu peranan kita sebagai umat Islam tanpa mengira darjat dan pangkat untuk memenuhi tuntutan tersebut. Anak-anak muda yang kian meningkat dewasa perlu diajarkan tentang akidah dan ibadah Islam. Malah penerapan unsur-unsur Islam perlu diabadikan dalam diri anak-anak muda  agar mereka terbiasa melaksanakan amalan kebaikan dan menjadi budaya dalam mencapai rahmat dan keberkatan oleh Allah S.W.T. Mengakhiri penulisan ini, dinyatakan sebuah hadis untuk kita sama-sama renungkan.

Daripada Abu Darda r.a bahawa beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solat berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka. Oleh itu, hendaklah kamu mengambil berat tentang solat berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala.”  –  Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasai.

Wallahualam.

Penulis :

Yusre ZulhamizeBin Zainuddin

Ketua Biro Media Massa Pembina Bangi

 

Name
Email
Comments

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi