Berita Utama

Pemukiman PEMBINA Bangi 2017/2018

0 72

LINGGI, 25 Dec – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Bangi telah mengadakan pemukiman selama 3 hari 2 malam bagi membincangkan gerak kerja setiap biro serta perancangan PEMBINA Bangi untuk tahun hadapan.

Kehadiran seramai 25 orang di kalangan jawatankuasa cawangan dan jawatankuasa sokongan telah merangka penstrukturan organisasi dan melantik beberapa ahli baru bagi mengisi kelompangan jawatan yang sedia ada dalam PEMBINA Bangi.

Turut hadir adalah Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Hulu Langat iaitu Ustaz Ibrahim Mohd Hasan bagi merasmikan acara Pemukiman PEMBINA Bangi 2017/2018. Dalam kalamnya terselit nasihat dan kata-kata semangat kepada barisan pimpinan baru PEMBINA Bangi dengan harapan PEMBINA Bangi dapat kekal meneruskan perjuangan dan terus melangkah ke hadapan dalam jalan dakwah.

“Tarbiah bukan sahaja dari segi melaksanakan ibadah akan tetapi tarbiah kita adalah pemimpin yang dapat melahirkan pemimpin.”

Sehingga kini, PEMBINA Bangi menelusuri dakwah kepada pemuda pemudi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Multimedia University (MMU).

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi