Aktiviti, Berita Utama

PERMUKIMAN GABUNGAN 3 IPT

0 74

BANGI, 15 Jan, Isnin – Pemukiman tiga Pembina IPT iaitu Pembina UKM, Pembina UPM dan Pembina Uniten telah berlangsung membincangkan penstrukturan gerak kerja setiap biro dan perancangan dimensi dakwah yang perlu diaplikasikan mengikut peredaran zaman masa kini.

Pemukiman yang diadakan pada 13 dan 14 Januari 2018 telah pun diadakan di Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat.

Kehadiran jawatankuasa cawangan Pembina Bangi yang terlibat dalam perbincangan ini telah membantu IPT dalam berkongsi idea, pandangan dan cadangan bagi memperkukuhkan lagi perjalanan dakwah IPT di sekitar Bangi. Penglibatan ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi hubungan di antara pihak cawangan dan pihak IPT.

Turut hadir Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Daerah Hulu Langat iaitu Ustaz Mohd Noor Azib Asmangi menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup permukiman ini. Kalamnya yang terkandung nasihat dan panduan untuk mahasiswa mahasiswi agar berpegang teguh dengan ajaran Islam dan tugasan dalam berdakwah.

“Mahasiswa perlu mempunyai semangat yang kuat dalam melaksanakan setiap tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Barulah kerja yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan penuh kesungguhan.”

Pemukiman ini telah pun menjadi satu sejarah perancangan hala tuju gerak kerja dakwah bagi PEMBINA UKM, PEMBINA UPM dan PEMBINA UNITEN. Kini, UKM dan UPM sedang menghadapi cuti semester manakala UNITEN masih lagi berada dalam sesi pembelajaran.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi