Berita Utama, Makluman

1 Perkara Yang Orang Di Sekeliling Anda Tahu Tapi Anda Tidak Tahu

0 42

Sudah pastinya seorang manusia tidak berapa selesa apabila ada perkara yang dia tidak tahu tapi orang yang berada di sekitarnya tahu perkara tersebut. Tambahan pula apabila perkara itu menjadi buah mulut atau perbualan kerap oleh rakan-rakan dan orang ramai di sekeliling. Jadi, apa perkara yang anda tidak tahu tetapi orang lain yang berada di sekeliling anda tahu?

Jawapannya adalah “DIRI ANDA”

“Kenapa begitu?”

“Diri Anda Ibarat Buku Yang Orang Lain Baca.”

Kita hanya dapat melihat bentuk fizikal diri kita apabila berada di hadapan cermin, akan tetapi orang yang berada di sekeliling kita boleh melihat lebih dari itu. Setiap perbuatan, percakapan dan perlakuan kita umpama 1 cerita yang terkandung di dalam sebuah buku yang orang lain boleh baca dan menilai diri kita. Lantas, hasil penilaian tersebut akan membentuk satu persepsi terhadap diri kita yang kita sendiri tidak tahu.

Pada diri kita pula adakalanya kita merasa diri begitu hebat, berpendidikan tinggi dan menganggap orang lain tidak layak menegur kita. Namun perlu diingati bahawa manusia sentiasa diapit dengan nafsu dan syaitan yang akan mengajak kepada keburukan.

“Jadi, apa yang perlu kita buat?”

Ada disebut dalam al-Quran bahawa:-

“Dan tetaplah memberi peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Adz-Zariat : 55)

Perlunya kita untuk mencari sahabat dan rakan-rakan yang baik supaya dapat saling menegur dan mengingati antara satu sama lain untuk memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.

Lantas, jangan biar diri kita leka dengan pujian pada diri sehingga kita mengeji dan membenci pada teguran. Letakkan ego diri di tahap yang rendah dengan saling memaafi dan jauhi dendam serta pra sangka yang buruk. Menerima teguran terasa pahit tetapi perlu kita sedar bahawa ia umpama ubat yang akan merawat penyakit jika kita dapat menerima dan perbaiki diri kita.

Semoga orang yang membaca dan menilai diri kita dapat menegur kita dan sebagai batu loncatan untuk perbaiki diri sendiri.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi