Aktiviti, Berita Utama

ISMA DHL BOLOT 3 KEMENANGAN SULUNG BOLA TAMPAR

0 51

BANGI, 18 Jamadilawal 1439H, Ahad– Satu perlawanan persahabatan bola tampar lelaki telah berlangsung di antara pasukan ISMA Daerah Hulu Langat (DHL) sebagai tuan rumah menentang pasukan ISMA Cawangan Seremban.

Perlawanan yang berlangsung di gelanggang bola tampar German-Malaysian Institute (GMI) telah dihadiri seramai 45 orang pemain dari kedua-dua belah pihak bermula jam 7.30 pagi hingga jam 10 pagi.

Yang Dipertua ISMA DHL, Mohd Noor Azib Asmangi berkata bahawa sikap bersungguh-sungguh bukan hanya perlu diterapkan dalam berdakwah semata-mata akan tetapi turut diaplikasikan dalam permainan.

“Kita beriadah sebagai salah satu tuntutan Islam supaya dapat membentuk badan yang sihat untuk kita melaksanakan kerja-kerja dakwah di jalan Allah”, ujar beliau.

Pertembungan sengit antara 2 cawangan ini telah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada ISMA DHL untuk kesemua kategori pasukan, A, B dan C.

Menurut Ketua Kontinjen pasukan ISMA DHL, Tn Hj Mohd Nor Sazelim Mohamad, kemenangan ini hanyalah sebahagian daripada kekuatan yang ditonjolkan oleh pasukan dan ianya menjadi pemangkin untuk menjuarai perlawanan yang seterusnya.

“Kami akan terus berusaha keras bagi menundukkan pasukan-pasukan dari cawangan lain, yang akan ditentukan kemudian”, tegas beliau.

Turut hadir adalah Yang Dipertua ISMA Seremban, Mohd Norhelmi Jamil, Ketua Kontinjen Seremban, Tn Hj Zaim Shaari dan wakil daripada pasukan Port Dickson.

Elemen sukan yang dipaparkan dan diterapkan sebagai satu medium dakwah dan kesihatan adalah selari dengan hasrat ISMA yang ingin mengajak masyarakat agar mengamalkan Islam sebagai cara hidup yang unggul dan sempurna dalam kehidupan seharian.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Promosi Konvokesyen Dengan Cara Tarian Bukan Ciri Mahasiswa

    Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti. Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara. Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai…

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi