Berita Utama, Kalam Tarbawi

KEBIMBANGAN AMAL TIDAK DITERIMA ALLAH

0 39

Al-Hasan Bashri, berkata,

“Aku pernah berjumpa dengan orang-orang yang lebih menghindari hal-hal yang dihalalkan Allah daripada upaya kalian menghindari hal-hal yang diharamkan Allah.

Aku juga pernah bertemu orang-orang yang lebih takut kebaikan-kebaikan mereka tidak diterima Allah daripada ketakutan mereka kepada kesalahan-kesalahan mereka.”

Sikap generasi tabi’in yang patut kita contohi. Bimbangkan amal kebaikan kita tidak diterima Allah adalah satu sudut pandang yang kita banyak kali kurang atau jarang untuk kita perhatikan.

Kita hari ini mungkin hanya cukup berpada dengan setakat cukup solat fardhu yang tidak pernah diusahakan khusyuknya, helaian-helaian Al-Quran yang tidak ditambah bacaan dan pembelajarannya, solat malam yang entah bila kali terakhir dibuatnya, infak baki perbelanjaan yang telah kita boros belanja awal-awalnya dan amal dakwah yang cikai-cikai tenaga kita sumbangkan.

Sedangkan generasi terdahulu memberi yang terbaik dalam amalnya dan dengan itupon masih lagi bimbang tidak diterima amal mereka disisi Allah.

Dengan amal kita yang tak seberapa itupon kita masih tergamak mempersoalkan kenapa tidak dimakbulkan doa-doa kita secepat mungkin.

Semoga kita berusaha bersungguh dalam amal dan moga diterima Allah swt.

Nukilan Ikmal Ubaidullah, Jawatankuasa Cawangan Biro Pembangunan Organisasi PEMBINA Bangi.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi