Berita Utama, Bicara Pimpinan

MATC Ke-8 2018 Terus Unggul Dalam PEMBINA Bangi

0 1450

BANGI – Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ke-8 2018 (MATC) anjuran Persatuan Belia Islam Malaysia (PEMBINA) Bangi telah diadakan di Malaysia Genome Institute, Bangi semalam.

Seramai 110 orang telah hadir ke mesyuarat tersebut yang menghimpunkan ahli PEMBINA dari empat buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Turut hadir YDP Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Daerah Hulu Langat, Mohd Noor Azib Asmangi, wakil Jawatankuasa Pusat (JKP) PEMBINA, Muhammad Noorazlan Abd Azis, Jawatankuasa Cawangan (JKC) PEMBINA Bangi dan Perwakilan PEMBINA bagi memeriahkan program yang dijalankan.

Selain pelantikan Jawatankuasa baru PEMBINA Bangi bagi Sesi 2018/2019 seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan PEMBINA, pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan tahun 2017 turut diadakan yang menjadi objektif utama MATC kali ini bagi menguatkan lagi jentera PEMBINA dalam medium dakwah.

Pengerusi PEMBINA Bangi, Ibrahim Bin Azran berkata, ahli PEMBINA mempunyai tanggungjawab besar bagi membantu belia dan anak muda generasi ini.

“Sistem pendidikan negara telah melahirkan ramai graduan-graduan tempatan yang cemerlang akademiknya tetapi hilang akhlak dan jati diri bangsa.

“Oleh itu, kitalah PEMBINA yang mengambil tugas dakwah ini untuk mengembalikan semula belia-belia hari ini kepada Islam dengan penuh kesungguhan dan kesedaran,” katanya ketika berucap.

MATC kali ini telah diserikan lagi dengan persembahan nasyid dan penyampaian anugerah. Pemenang anugerah adalah seperti berikut:-

  1. Anugerah Organisasi IPT Terbaik

-PEMBINA UPM

 

  1. Anugerah Keahlian IPT Terbaik

-PEMBINA UPM

 

  1. Anugerah Program IPT Terbaik

-Hiking Gunung Datuk (PEMBINA UKM)

 

  1. Anugerah Pembangunan Sumber Manusia (PSM) IPT Terbaik

PEMBINA UNITEN

 

  1. Anugerah Penghargaan Mantan Pimpinan Pembina Bangi

-Mariam Malek

– Najmuddin Mohd Faudzir

 

  1. Anugerah Akademik Terbaik

-Ribie Amir Rushdan

-Nurul Kartika Razali

 

  1. Tokoh Mahasiswa Pembina Bangi

-Ahmad Sulaiman Muhammad Shahril

-Sarah Aliah Mohd Najib

 

Pembubaran JKC PEMBINA Bangi bagi Sesi 2017/2018 telah dilaksanakan dengan digantikan pencalonan baru melalui pengundian ahli PEMBINA.

JKC PEMBINA Bangi bagi Sesi 2018/2019 telah dilantik dan akan ke Mesyuarat Agung Tahunan Negeri (MATN) akan datang.

 

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Promosi Konvokesyen Dengan Cara Tarian Bukan Ciri Mahasiswa

    Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti. Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara. Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai…

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi