Aktiviti, Belia dan Masyarakat, Berita Utama, Makluman

PEMBINA Bangi Terus Unggul Mendapat Pengiktirafan MAIS

0 1695
PERSATUAN Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Bangi telah mendapat pengiktirafan dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semasa Majlis Persidangan Badan Bukan Kerajaan Islam (NGO-i) MAIS 2018 pagi tadi.

Persidangan tersebut dianjurkan oleh MAIS dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri bersama 77 buah NGO-i yang berdaftar di bawah MAIS bertempat di Auditorium Dahlia Dewan Syarahan & Muzakarah Islam, Shah Alam.

Antara pengisian majlis tersebut adalah ceramah khas dan forum persidangan dengan menjemput panel-panel dari beberapa NGO-i bertemakan kesatuan ummah.

Persidangan itu juga telah dirasmikan oleh Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi.

PEMBINA Bangi menjadi kilauan dalam majlis tersebut yang merupakan antara persatuan belia yang hadir dengan membawa agenda besar terhadap pemuda masa kini iaitu “Menjulang Misi Bertindak Berani”.

Wakil PEMBINA Bangi yang hadir menerima sijil perakuan tersebut adalah Pengerusi Cawangan PEMBINA Bangi, Ibrahim Azran, 25, berkata persidangan ini adalah satu langkah yang baik dalam kesatuan ummah.

“Keberadaan PEMBINA Bangi dalam NGO-i ini adalah satu langkah baik ke arah kesatuan pendakwah-pendakwah di negeri Selangor ini sekali gus usaha MAIS menyatukan NGO-i adalah satu langkah yang bermakna dan bijak.

“PEMBINA akan terus bersungguh-sungguh demi melahirkan pendakwah-pendakwah muda yang boleh berkhidmat kepada umat khususnya di negeri Selangor,” ujarnya ketika ditemui media.

Pengerusi Cawangan PEMBINA Bangi, Ibrahim Azran Mewakili PEMBINA menerima Sijil Perakuan

Dalam erti kata lain pengiktirafan PEMBINA Bangi oleh MAIS telah membina hubungan dengan institusi tersebut selain mendapat kemudahan bantuan zakat bagi program-program PEMBINA Bangi yang ingin diadakan untuk akan datang.

Terdahulu, PEMBINA Bangi telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan (MATK) Kali Ke-10 dengan penyertaan dianggarkan seramai 300 orang pemuda dan pemudi yang hadir dari pelbagai cawangan termasuk Sabah dan Sarawak.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi