Aktiviti, Beliawanis, Berita Utama, Bicara Pimpinan

Beliawanis Pembina Bangi Bolot Pingat FESTIM

0 32

Serdang – Beliawanis Pembina Bangi berjaya merangkul kemenangan dalam Festival Tradisi Intelektual Islamik (FESTIM) yang bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahad lalu.

Ikon Bicara Daie Pembina Bangi, Hafizah Azahari telah meraih Johan dalam Pertandingan Deklamasi Sajak diikuti Shazwani Khairuddin juga merupakan beliawanis Pembina Bangi di tempat kedua.

Sekali lagi Hafizah menonjolkan bakat muncul selaku Naib Johan dalam Pertandingan Skrip Sajak Terbaik. Manakala Johan dimenangi oleh rakan seperjuangan iaitu Fathiah Ibrahim.

Tidak terlepas juga bagi acara Pentas Daie dimenangi oleh Nik Fatin Husna yang juga aktif sebagai ahli Pembina UPM.

Pemenang setiap kategori yang dipertandingkan telah mendapat hamper beserta sijil pertandingan.

Hafizah yang mengetuai peserta Beliawanis Pembina Bangi dalam FESTIM kali ini melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ahli Pembina khususnya rakan seperjuangan yang bersama-sama berusaha membuktikan kejayaan.

“Saya bersyukur kerana dikurniakan rakan seperjuangan yang telah mengajar saya menjadikan dakwah sebagai matlamat utama dan bukannya kemenangan. Kebanyakan ahli Pembina yang memenangi kategori yang dipertandingkan merupakan pertama kali menyertai FESTIM.

“Harapan saya agar mahasiswa dapat menonjolkan bakat terpendam dan jangan malu untuk keterhadapan kerana kejayaan yang kami peroleh hari ini bukan sahaja daripada usaha gigih tetapi keghairahan yang tinggi dalam berjuang.”

Tambahnya, beliau berbesar hati jika terdapat mana-mana mahasiswi yang berminat mahu mempelajari bidang sajak dengannya.

Kejayaan kesemua ahli Aktivitis UPM ini perlu dijadikan contoh kepada pelajar yang lain.

Selain daripada akademik, bakat dalam diri pelajar perlu dicungkil sehabis mungkin untuk menjadikan seseorang pelajar itu hebat dalam segenap aspek.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Promosi Konvokesyen Dengan Cara Tarian Bukan Ciri Mahasiswa

    Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti. Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara. Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai…

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi