Dukacita dimaklumkan bahawa Bapa kepada beliawanis PEMBINA Bangi, saudari Nur Aqmal Hidayah bt Yahya telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.50 petang, 24 Oktober 2011 (Isnin). Warga PEMBINA Bangi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah..
Tahniah diucapkan kepada pengantin baru, Saudara Mohd Rusman Arief bin A Rahman, Ketua Cawangan Persatuan Belia Islam Nasional cawangan Bangi dan pasangan, Norsyahida binti Mohammad. “Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.”
Tahniah diucapkan kepada pengantin baru, Azril Hanafi Abdullah Sharwani dan Hidayah Jasmi yang merupakan ahli PEMBINA Bangi. “Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.” - PEMBINA Bangi -
Assalamualaikum w.b.t. Syafakillah buat saudari Noorazilawati bt Mohd Zulkipeli yang disuspek denggi dan sekarang berada di Pusat Rawatan Islam az-Zahrah. Masuk 7.00 ptg semalam (3 Jan 2011). Saudari Zila bolehlah diziarahi di wad ummu salamah 4 tingkat 2. Syafakillah, syifaan la yughadir saqama.. Semoga Allah menyembuhkan secepatnya dengan kesembuhan yang tiada sakit setelahnya….
Dukacita dimaklumkan bahawa Ibu kepada beliawanis PEMBINA Bangi, saudari Daswati bt Mohamad Zin telah kembali ke rahmatullah pada 30 Disember 2010 (Khamis) dan jenazah telah selamat dikebumikan di Kuantan. Warga PEMBINA Bangi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah..
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengucapkan sekalung tahniah dan selamat berjuang kepada Saudara Saifullah Maslul bin Suhairi di atas keberangkatan beliau untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah ke University of Manchester, UK dalam bidang Mechanical Engineering dibawah tajaan Sime Darby. Beliau telah berangkat meninggalkan tanah air pada malam 13 September 2010 dari Lapangan Terbang Antarabangsa [...]
Tahniah diucapkan kepada saudara Aizuddin Khalid selaku Ketua Cawangan PEMBINA Bangi dan pasangan Nor Hasni Hayati Hanapi selaku Naib Pres II PEMBINA merangkap Ketua Beliawanis PEMBINA di atas kelahiran mujahidnya. Naib Pres II, Ketua Beliawanis PEMBINA, Nor Hasni Hayati Hanapi, selamat melahirkan bayi lelaki yg diberi nama Atiq Assiddiq, seberat 3kg pd 23/6/2010 pada jam 11.39 pagi, [...]
Tahniah diucapkan kepada pengantin baru, Wan Mohamed Ibrahim bin Wan Hassan dan Wan Maisarah binti Wan Daud yang merupakan ahli & AJK PEMBINA Bangi “Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.” - PEMBINA Bangi -
PEMBINA DHL ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Barakallahu lakum, wabaraka alaikum, wajama’a bainakum fil khair” “Semoga keberkatan Allah untuk kamu semua dan menghimpunkan kamu semua di dalam kebaikan” kepada ahli-ahli PEMBINA DHL yang telah dan akan diijabkabulkan dalam masa terdekat ini: Saudari Nurulhuda Baharin & Mohd Fauzi Abd Hamid – 21 Nov di Pantai [...]
Alhamdulillah, pagi semalam(14 Julai), kira-kira jam 8.30 hingga jam 10++pagi, sahabat kita, saudara Abdul Shakur bin Hj Zamani (Ketua Biro Program PEMBINA DHL) telah selamat menjalani pembedahan yang dipanggil ACL Reconstruction di Hospital Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi. Kini beliau ditempatkan di wad Kasih, tingkat 3, hospital berkenaan. Semoga Allah memberikan kesembuhan yang sempurna akan kecederaan [...]