PEMBINA Bangi

Forum Hak Asasi Manusia, UKM, 17 Mei ini!
PEMBINA CAwangan Bangi dengan kerjasama UPSM UKM menjemput semua untuk menghadiri;

Program: Forum Hak Asasi Manusia ‘Kebebasan Atau Cengkaman”

Tempat: Dewan DK 3B 301, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM

Tarikh :17 Mei 2012

Masa 8.30 malam- 11.00 malam

* MASUK ADALAH PERCUMA

Bersama moderator hebat: Norzafry Norhalim – Mantan Presiden PEMBINA

Temui barisan panelis;

1) Ustaz DR Khairuddin Aman Razali At Takiri.– Pengasas Darul Fuqoha’

2)Tuan Haji Abdul Rahim Sinwan– Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

3) Mejar Nazri Musman- Ketua Setiausaha Biro Latihan Ikatan Muslimin Malaysia.

Menjawab persoalan demi persoalan

1)     Apakah definisi dan latar belakang hak asasi manusia di Malaysia.

2)     Sejarah awal hak asasi manusia sehingga tertubuhnya Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR)

3)     Merungkai Hak-hak bukan Islam dalam Negara Islam

4)     Cabaran-cabaran dalam mempertahankan hak-hak Islam melalui undang-undang Malaysia

5)     Isu-isu hak asasi manusia yang menggugat kedudukan Islam

Adakah benar anda berhak menuntut hak sebagai manusia?

Adakah semua hak termasuk hak beragama dan gender boleh ditunaikan?

Berhakkah anda?Ayuh merungkai persoalan ini

* Maklumat lanjut: http://www.facebook.com/events/410375882327231/410376322327187/?ref=notif&notif_t=plan_mall_activity

Debat: Atheis VS Muslim
Pada zaman dahulu, terjadinya suatu perdebatan antara golongan Atheis (tidak percaya kewujudan Tuhan) dengan seorang pemuda yang beragama Islam. Pemuda ini datang bersama gurunya dan gurunya telah diajak berdebat dengan golongan Atheis itu namun tidak dibenarkan pemuda itu, katanya: “Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini.”

Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:

Soalan Pertama

Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua

Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga

Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Atheis: “Nombor 3″

Pemuda: “Nombor sebelum 3?”

Atheis: “Nombor 2″

Pemuda: “Nombor sebelum 2?”

Atheis: “Nombor 1″

Pemuda: “Nombor sebelum 1?”

Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat

Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam

Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh

Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan

Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan

Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat. Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.

Oleh: Akh Muhammad Izzat Akmal

Sumber: PEMBINA UKM

‘Let’s Hike’ Cabar Ketahanan Diri Beliawanis
Semenyih, 22 April 2012 – Satu program yang diberi nama ‘Let’s Hike’ telah berlangsung di Bukit Broga, Semenyih baru-baru ini. Program yang melibatkan beliawanis dari UPM ini, bermula seawal jam 4 pagi menuju destinasi. Sebelum bertolak, peserta diberi pengisian mengenai cara mengambil wuduk dan solat di kawasan hutan. Misi pendakian Bukit Broga bermula jam 5.20 pagi. Bermula dengan regangan, pembahagian kumpulan, dan doa agar dipermudahkan segala urusan, peserta memulakan pendakian.  Sewaktu pendakian, peserta diuji stamina mereka dengan jalan bukit yang berliku dan curam dalam suasana yang gelap. Dalam keadaan itu, peserta dapat merasakan pergantungan kepada Allah sangat diperlukan dalam memilih jalan untuk sampai ke puncak dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Semangat setia kawan dan kerjasama sesama ahli kumpulan sangat dititikberatkan untuk melancarkan lagi perjalanan.

Setelah hampir satu jam, peserta  berjaya sampai ke puncak. Cara mengambil wuduk dan solat di atas bukit yang telah dipelajari, dipraktikkan di situ. Peserta dapat merasakan kebesaran Allah sewaktu solat di atas bukit. Keindahan bumi ciptaan Allah terbentang luas di hadapan mata sambil diri tunduk bersujud di hadapan Allah. Subhanallah,satu pengalaman yang sungguh bernilai dalam menghayati erti hamba yang sebenar dan terasa betapa kerdilnya manusia. Peserta juga berpeluang menyaksikan detik matahari terbit. Sambil melepaskan lelah, peserta mengambil peluang untuk bergambar di puncak bukit dimana keindahan alam ciptaan Allah ini sangat memukau pandangan. Ianya terbukti dengan kehadiran orang ramai yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia, bangsa, dan agama. Anak kecil seawal usia lima tahun hingga ke peringkat warga emas, masing-masing berusaha untuk mendaki hanya untuk melihat keindahan panorama di puncak bukit. Pengunjung silih berganti dan semakin ramai yang sudah sampai ke puncak.

Memberi peluang kepada orang lain, dan setelah puas mengamati kebesaran Allah, peserta memulakan langkah untuk turun bukit. Sekali lagi peserta diuji dengan keadaan jalan yang agak cerun dan licin sekali gus mencabar kekuatan fizikal peserta. Alhamdulillah, dengan izin Allah peserta selamat sampai tanpa sebarang kecederaan. Sedikit tazkirah dikongsi dengan peserta tentang kekuasaan Allah, penghayatan terhadap nikmat kurniaan Allah dalam kehidupan dan sedikit perkongsian tentang ayat 125 surah Al-An’am.

Program berakhir sekitar 9 pagi. Penat lelah yang dirasai diharapkan tidak mematahkan semangat beliawanis untuk sentiasa aktif dan cergas pada setiap masa. Semoga melalui program ini, ukhuwwah yang terbina dapat dimantapkan lagi melalui program-program yang seterusnya. Tidak lupa juga agar kita semua dapat bermuhasabah setiap kali melihat alam yang merupakan kitab terbuka Allah untuk manusia sekalian alam.

Nor Syahidah Abd Kadir

Beliawanis PEMBINA UPM

JEMPUTAN KE KONVENSYEN MEMARTABAT ISLAM MEMPERKASAKAN UMMAH (KOMPAS 2012)
Yuran adalah RM 10 sahaja.

Tempat terhad kepada 1200 orang.

Terdapat pameran yang akan mendedahkan fakta-fakta ttg Melayu Islamyang mungkin tidak pernah didengari sebelum ini.

Pidato hebat dari akhi Badrul Sani.

Selain itu ada dokumentari khas berkenaan MSIB, memaparkan perjuangan Melayu Islam sepajang zaman dan pencapaian yang dicapai oleh mereka. Dirumus dihujungnya tentang kedudukan Melayu Islam sebagai jatidiri kebangsaan bangsa dan negara sebagai warisan yang perlu dipertahankan.

Buku 30 Soal Jawab MSIB akan dirasmikan oleh TPM.

Kemuncak adalah Syarahan Perdana oleh Syeikh Raid Solah, wakil HAMAS berkenaan pengalaman rakyat Palestin dalam memperjuangkan survival ummah.

DIALOG ‘STUDENT POWER’
OBJEKTIF PROGRAM:

a) Membuka ruang perkongsian dan persefahaman di kalangan aktivis mahasiswa Islam di dalam mentakrifkan isu kelesuan mahasiswa.

b) Memahami dan membincangkan berkenaan cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh mahasiswa daripada pelbagai perspektif.

c) Membuka ruang perbincangan untuk lontaran idea-idea baru berkenaan pembangunan jati diri mahasiswa muslim.

d) Mencari halatuju dan jalan penyelesaian dalam mengatasi isu kelesuan aktivisme mahasiswa.

MEDIA PERDANA JANGAN SUBURKAN BUDAYA LUCAH DALAM MASYARAKAT
Rentetan tindakan media perdana termasuk akhbar Utusan Malaysia, Kosmo dan TV 3 menyiarkan gambar yang dikatakan skandal seks membabitkan pimpinan pembangkang, PEMBINA mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan yang wajar sama ada menyaman atau menggantung lesen penyiaran sehingga media terbabit mengemukakan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Media mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar dalam mendidik dan membina masyarakat yang bermaruah. Sebagai media arus perdana, seharusnya pengamal media sedar akan kesan buruk terhadap tahap pemikiran masyarakat terutamanya remaja dan kanak-kanak apatah lagi di zaman masyarakat kita dilanda krisis sosial yang parah.

Politik tanahair semakin hari semakin berkiblatkan acuan real-politik yang diperkenalkan barat. Budaya ‘character-assasination’ yang menjadi amalan biasa ahli politik di negara kita hari ini dilihat telah mengheret sama anggota masyarakat ke dalam permainan politik mereka, yang akhirnya merugikan dan memangsakan masyarakat. Politik tanah air bukan lagi bertanding atas kredibiliti agenda pihak-pihak yang bertanding, tetapi di atas pertarungan menjatuhkan maruah antara satu sama lain.

Media seharusnya memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat mengamalkan etika, moral dan akhlaq yang tinggi, serta yang paling utama meletakkan agenda nasional sebagai neraca pertimbangan.

Sesuatu yang dianggap amat malang untuk masyarakat apabila media terus dijadikan alat politik murahan berbanding menjadi medium membangun masyarakat yang bermaruah tinggi. Dengan momokan sebegini dikhuatiri akan membentuk normalisasi kepada masyarakat dengan menganggap adegan tidak bermoral itu sebagai satu kebiasaan yang harus diterima.

Insiden ini bukanlah kali pertama yang berlaku pada media terbabit sebagai institusi-institusi media profesional. Dengan tahap penerbitan seperti ini, memberi signal negatif kepada integriti institusi media serta kewartawanan di negara kita.

Profesionalisme media perlu dipertingkatkan dan diperkukuhkan sejajar dengan tanggungjawab sosial yang besar.

Apa yang lebih membimbangkan, tindakan media-media pro-kerajaan pada hari ini akan menjadi lampu hijau kepada media pro-pembangkang untuk bertindakbalas dengan cara yang sama atas alasan kebebasan media. Ðan akhirnya masyarakat awam terutama kanak-kanak dan remaja yang menjadi mangsa di atas sikap tidak bertanggungjawab pengamal media.

Justeru itu, PEMBINA menyeru kepada SEMUA pengamal media untuk kembali memuhasabah tanggungjawab mereka dalam membina masyarakat yang berakhlak dengan menapis berita mereka sesuai dengan keperluan masyarakat.

Sumber: Persatuan Belia Islam Nasional

ZERO TO HERO, 6 MEI 2012, UPM
Jangan lepaskan peluang ini! Penceramah-penceramah hebat bakal mengisi slot-slot Zero to Hero!

Hubungi untuk pendaftaran:

1) Faiz 013-4871808

2) Adibah: 019-5278836

BEDUK DIKETUK: SEJAUH MANA KEPEKAANMU.
“Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang, malah ada kalanya ‘bingit’. Namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk, kita akan mula memberi perhatian,mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya. Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan.”

Begitulah sebahagian daripada kata-kata penerangan mengenai buku yang menarik ini. Sudah tentu ramai yang tidak asing lagi dengan karya penulis bernama Pahrol Mohd Juoi, yang kebanyakannya membangkitkan semangat dan kesedaran kepada si pembaca dengan madah-madah menusuk kalbu. Pastinya yang telah menelaah kebanyakan karyanya akan mendapatkan buku penulisan beliau yang terbaru ini. Bagi yang masih belum mengenali beliau, pasti akan kagum dan berusaha untuk mencari karya-karya beliau yang lain setelah membaca buku Beduk Diketuk ini.

Perbincangan yang kebanyakannya berkisar mengenai mentaliti masyarakat kini yang pada pandangan penulis adalah yang sepatutnya diperbetulkan antaranya terangkum dalam tajuk Kisah Solat Subuh berjemaah, Ingat Mati Tingkatkan Produktiviti dan berbagai-bagai lagi di samping hiasan ilustrasi yang tidak hanya mencuit hati tetapi penuh makna tersirat di setiap permulaan tajuk buku ini. Jika difikirkan, kebanyakan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat dan negara kini adalah kerana kefahaman dalam diri setiap individu Muslim tentang Islam dan cara hidup. Salah faham yang berlaku kadang-kadang dilihat kecil dan tidak berpengaruh, tetapi sebetulnya, ia seperti ‘tip of iceberg’, kelihatan kecil di atas, tetapi rupanya banyak lagi permasalahan yang perlu diselesaikan di bawahnya.

Antara isi menarik yang ingin dikupas melalui buku ini adalah mengenai demonstrasi. Yang mana penulis mengetengahkan isu masyarakat yang berdemontrasi di jalanan untuk mengecam tindakan Israel yang menindas rakyat Palestin. Tetapi pada waktu yang sama ‘menyokong’ produk dan cara hidup keluaran zionis yahudi ini sendiri seperti rokok, hiburan, judi, arak, riba dan sebagainya. Perkataan ‘menyokong’ di sini tidaklah bermaksud masing-masing yang berdemonstrasi itu mengamalkannya, ia lebih kepada maksud merelakan dan membiarkan ianya masuk dalam dunia kita dan menular dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat Islam. Kita tidak lagi mengamalkan Islam sepenuhnya. Hal ini hanya menyebabkan pihak mereka yang kita tentang dalam demonstrasi itu ketawa dan bertepuk tangan.

Sebaliknya, kita sepatutnya menekankan dahulu perkara yang penting seperti perintah Allah untuk solat, tinggalkan yang haram; riba,judi, hiburan yang melekakan dan sebagainya. Dengan itu kita sebenarnya berdemonstrasi setiap hari. Musuh lebih takut sekiranya kita semuanya mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya, seperti kata-kata dalam buku ini,

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat Subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insyaAllah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita bakar. Jeritan Allahuakbar dalam demonstrasi itu baik dan bersemangat, tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allahuakbar daripada umat yang tidak solat?

Nasihat ini sebenarnya bukan sahaja merujuk kepada demonstrasi penentangan terhadap Zionis, tetapi ia boleh diaplikasikan kepada demonstrasi jalanan yang  pada dasarnya untuk menegakkan keadilan dan nilai kemanusiaan itu sendiri. Bukankah Islam itu bermaksud sejahtera, aman, kepatuhan dan penyerahan diri. Jadi mengapa tinggalkan panduan hidup yang diberikan oleh Pencipta kita untuk dilaksanakan manusia yang memegang ‘title’ Khalifah di muka bumi.

Akhir sekali, antara kata-kata yang perlu difikirkan adalah “alangkah baiknya jika jeritan Allahuakbar dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus mengecilkan pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?”

Nurul Husna Zulkarnain.

Sains Aktuari

Fakulti Sains dan teknologi.

UKM

Sumber: PEMBINA UKM

“Seperti lembu dicucuk hidung”
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku,Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.” (al-israk 80-81)

Alhamdulillah, atas nikmat yang diberikannya kepada kita, masih lagi kita dapat memiliki kekuatan dan kesihatan untuk berjuang dijalanNya… Lembu dicucuk hidung… Perkara ini saya ingin ulas khasnya kepada golongan muda yang masih baru dalam memperjuangkan matlamat hidup masing-masing… Lembu dicucuk hidung diertikan sebagai “pak turut”, ataupun seseorang yang hanya mengikuti apa yang diarahkan walaupun perkara itu tidak benar dan palsu…

Pembaca yang dirahmati Allah, seorang yang memiliki jati diri yang tinggi dan daya mental yang kukuh tidak akan membiarkan perkara yang tidak benar berlaku di hadapan matanya… Perkara yang tidak benar ini merangkumi pelbagai aspek, seperti dalam berorganisasi, bermasyarakat, persahabatan, gaya hidup dan sebagainya… Sebagai contoh, di dalam aspek gaya hidup… Katakanlah dalam sesebuah kelompok masyarakat diarahkan supaya tidak bertudung dari pihak berkuasa.. Arahan tidak bertudung sudah jelas bagi kita satu arahan yang bercanggah di dalam syari’at islam… Sebagai individu yang mengetahui hal seperti ini, janganlah kita menjadi pak turut yang hanya mengikuti apa yang diarahkan sehingga tiada suara yang ingin membuat tentangan terhadap perkara tersebut…

Jika masyarakat kini dilahirkan seperti pak turut atau lebih dasyat seperti seorang pengecut untuk bersuara, maka dengan mudah masyarakat akan diambil kesempatan oleh golongan tertentu.. Saya mengambil contoh yang lain dalam aspek persahabatan… katakan ada 5 orang sahabat sedang duduk berbincang… di dalam 5 sahabat tersebut ada 3 orang sahabat yang sangat rapat antara satu sama lain, saya namakan puak A.. dan dua lagi orang sahabat sangat rapat antara satu sama lain, saya namakan puak B. puak A dan puak B kurang rapat antara satu sama lain.. di dalam suasana berbincang, seorang individu dari puak A mengeluarkan pendapat untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan pergi ke disko… dan seorang individu dari puak B mengeluarkan pendapat untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan pergi ke majlis ilmu di masjid…

Jika kita nilai dari perkara tersebut, pendapat indiviu dari puak B untuk ke masjid lebih baik dari pendapat individu dari puak A yang ingin ke disko.. Namun, kedua-dua pendapat tersebut hanya dikeluarkan dari 2 orang individu berbeza puak dan masih belum mendapat kata sepakat… di dalam perbincangan seperti ini, perbezaan pendapat harus dan perlu disokong kepada pendapat yang jauh lebih baik… Namun, perkara menjadi sebaliknya jika wujud unsur sikap “nak jaga hati” atau “nak jaga nama puak” sehingga pendapat yang jauh lebih benar tidak disokong bahkan pendapat yang tidak benar pula disokong…di dalam situasi seperti ini, sudah tentu puak A akan menang pendapatnya kerana bilangan ahli mereka lebih ramai berbanding dengan puak B… sikap seperti inilah yang akan menghancurkan struktur masyarakat dan terjadinya permusuhan dan pergaduhan…

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 70 dan 71: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara). Supaya Ia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu”.

Pembaca yang di rahmati Allah, sikap negatif seperti ini adalah sikap yang tidak akan membawa sebarang faedah pada masa akan datang bahkan merugikan… setiap perkara yang tidak benar perlu disuarakan walaupun datang dari mana-mana pihak yang kita suka atau tidak suka… janganlah kerana “nak menjaga nama” atau ‘nak menjaga hati” kita pinggirkan kebenaran dan menangkan kebatilan… Generasi yang mendatang perlu menjadi generasi yang lantang bersura dan tidak seharusnya menjadi generasi yang hanya duduk diam tanpa bersuara… jika generasi yang mendatang menjadi generasi pak turut dan diam tanpa suara, maka dengan mudah bangsa di luar sana akan memonopoli Negara… Walaupun taraf kita di dalam satu struktur masyarakat tidak berpangkat, kita perlu bersuara terhadap apa sahaja yang tidak benar.. jangan kita mengambil sikap “tidak mengapa” dan “ikut je lah” kerana itu amat merugikan Negara dan masyarakat..

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sebaik-baik jihad ialah berkata benar walaupun di hadapan raja yang zalim”.

Seorang mahasiswa ataupun pelajar perlu lantang dalam menyuarakan apa yang tidak benar… Janganlah kita mengambil mudah dalam sesuatu perkara… Jangan ditanamkan sikap “aku hanya seorang pelajar, dan kerja aku hanya belajar”, atau “aku hanya seorang pekerja, dan tugas aku hanya bekerja”.. Jika inilah sikap masyarakat yang dilahirkan, maka tiada siapa yang akan bersuara untuk kebenaran bahkan kebenaran akan tenggelam di dalam kebathilan…

Pembaca yang dikasihi sekalian, kita perlu sedar dalam perkara seperti ini… Kitalah yang akan memimpin masyarakat pada suatu hari nanti… Janganlah kita menjadi seperti pak turut yang hanya ikut dan patuh walaupun perkara tersebut tidak benar… sokonglah apa yang benar walaupun datangnya perkara itu dari pihak yang kita tidak suka… janganlah sokong apa yang tidak benar walaupun datangnya perkara itu dari pihak yang kita suka….

Jika kita lihat dari sudut kepimpinan… Seorang pemimpin seharusnya dipatuhi arahannya walaupun kita tidak suka akan arahannya.. Jika arahannya tidak menyimpang dari kebenaran, walaupun kita memiliki pendapat yang berbeza, suarakanlah apa yang kita cadangkan dan patuh jika cadangan kita tidak diterima.. janganlah kita bersikap sombong sehingga tidak mahu menerima pendapat pemimpin kita walaupun pendapat itu adalah benar dan tidak menyimpang dari kebenaran… Jika arahan dari pemimpin tersebut tidak benar dan menyimpang dari kebenaran, arahan tersebut perlu ditentang dan disuarakan secara lantang..Gejala pak turut akan berlaku jika arahan dari pemimpin tersebut menyimpang dari kebenaran dan diikuti pula oleh orang bawahannya tanpa sebarang suara yang menentang…lebih dasyat jika gejala pengecut berlaku di mana ada golongan menyedari akan perkara yang tidak benar tetapi bersikap takut untuk menyuarakan tentangan…

Oleh itu pembaca yang dirahmati Allah, didik dan asuhlah dalam diri kita agar menjadi golongan yang lebih memihak kepada kebenaran dan tidak akan sesekali memihak kepada yang batil… InsyaAllah

Hadith Rasulullah s.a.w yg bermaksud..”Apabila Allah menghendaki seorang hambaNya mendapat kebaikan, Ia buka kunci hatinya dan menjadikan dalam hati itu rasa keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, dan Ia menjadikan hatinya sentiasa sedar tentang liku-liku hidup yang dijalaninya dan Ia jadikan hatinya sihat sejahtera, lidahnya bercakap benar, tingkah laku, gerak geri dan perangainya lurus. Juga Ia menjadikan telinganya mendengar kebenaran dan matanya melihat hakikat kenyataan”

Wallahu’alam

Sumber: perintis-nusantara

“Merungkai maksud tersirat di sebalik setiap hadith”
Terdapat dua golongan manusia, sebelah yang menegakkan agama Allah, dan sebelah lagi yang melanggar syariat Allah.

Hadith ini menceritakan kepentingan kita untuk berdakwah, bahtera itu adalah kehidupan, yang di bahagian atas adalah golongan berilmu, manakala di bawah adalah golongan yang dahagakan ilmu. Bilamana golongan berilmu tidak turun padang untuk berkongsi ilmu, maka golongan bawah akan mencari ilmu dari mana sahaja sumber yang boleh diperolehi, jika tersilap orang, maka salahlah ilmu yang di praktikkannya.

Jangan kita memilih untuk berdakwah dengan hanya menyampaikan berita kebenaran, yang memberi hidayah Dialah jua, jangan biarkan yang dahaga terus dahaga, akhirnya kita juga yang merana.

Petikan daripada ringkasan Kuliah Hadith- hadith pilihan,

oleh: Ustaz Salman Al-Farisi

25.4.2012, Bilik sahabat Masjid UNITEN