Logo

Simbol

a) Bulatan membawa maksud PEMBINA merupakan suatu pertubuhan terbuka kepada semua belia Muslim di Malaysia tanpa mengira bangsa, keturunan dan sempadan geografi asalkan sesuai dengan adab dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh PEMBINA;

b)  Globe secara keseluruhan bermaksud PEMBINA ingin membawa para belia Muslim kepada wawasan Islam yang jelas dan sempurna melalui jalan-jalan sahih sesuai dengan sifat Islam yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan demi kepentingan dunia dan akhirat;

c) Jaringan longitud dan latitud dalam bulatan membawa maksud PEMBINA bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan belia yang lain baik di dalam mahupun di luar Negara asalkan bertepatan dengan aspirasi PEMBINA untuk membangunkan belia Muslim Negara berlandasan syariat Islam.

d) Buku yang terbuka bermaksud PEMBINA ingin menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai pegangan hidup belia dalam apa jua keadaan di mana ianya dibaca, dikaji dan dijadikan bahan rujukan sepanjang hidup. Ia juga menunjukkan bahawa PEMBINA meletakkan ilmu di kedudukan yang tinggi.

Warna

a) Warna Biru Tua bermaksud perpaduan, bekerjasama, bertolak ansur dan bersemangat waja.

b) Warna Biru Muda bermaksud wawasan yang luas, ketenangan, kedamaian, kasih sayang dan keharmonian.

IKLAN

468x60 ad code for footer
Log in - BlogNews Theme by Gabfire themes